Rowan Atkinson sudah penat Jadi Mr Bean

Rowan Atkinson memang sinonim dengan Mr Bean. Dan Mr Bean itu adalah Rowan Atkinson.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Rowan Atkinson Nekad Tak Nak Jadi Mr Bean Lagi Sebab Stress Dan Meletihkan

Baru baru ini Rowan Atkinson menyatakan beliau nekad tidak mahu lagi membawa watak tersebut. Kerana sudah tidak seronok melakonkannya.

Pelawak berusia 65 tahun itu mula membawa watak Mr Bean sejak 90-an, yang menjadi salah satu watak komedi paling berpengaruh di dunia.



Bercakap kepada Radio Times, Atkinson berkata: “Lebih mudah untuk saya membawa watak yang vokal berbanding dengan visual. Saya dah tak seronok lagi membawa watak beliau.”

“Beban tanggungjawab yang dipikul tidak seronok. Saya menjadi stress dan keletihan, dan saya sudah tidak sabar untuk menamatkan semua ini.”

Selain daripada sitkom, Mr Bean juga berjaya ke layar perak, dan juga ke siri animasi. Bercakap tentang peranannya dalam animasi. Atkinson menyatakan, jelas sekali ianya tugas mudah, kerana tidak banyak berdialog.

Ditanya tentang karakter yang beliau rindui dan mahu lokonkan semula, Atkinson menyatakan ianya bukan Mr Bean tetapi Blackadder. Atkinson tidak yakin beliau akan berpeluang membawa watak itu lagi. Beliau mengesahkan beliau tidak sengaja menimbulkan spekulasi tentang projek baharunya berkaitan Blackadder, tetapi lebih kepada sekadar mengenang.

Ketika ini, Bean sedang bekerja untuk siri Netflic – Man vs Bee, yang ada 10 episod. Ianya adalah siri yang dihasilkan oleh produksi beliau sendiri iaitu HouseSitter Productions.

Dengan kenyataan terbaru Rowan itu, bermakna berakhirlah era Mr Bean dan Rowan Atkinson. Peneman kita masa kita kecil kecil dulu. Terpacak dan ketawa depan tv.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.