Shah Rukh Khan tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
MUMBAI: Bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dan isteri, Gauri Khan, mengelak daripada ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan, ditahan polis minggu lalu.Menurut portal Bollywoodlife, penahanan Aryan menyebabkan Shah Rukh berasa tidak berdaya dan kecewa.
Memetik rakan baik Shah Rukh Khan, beliau berkata pelakon itu mengalami tekanan dan tidak tidur mahupun makan sejak penahanan anaknya.
"Beliau sangat kecewa dan marah. Beliau tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu," katanya.
Shah Rukh Khan bersama anaknya Aryan. - Foto The News.Com
Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal pesiaran di pantai Mumbai Ahad lalu.
Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee (S$23,400).
Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant, dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.
Selasa lalu, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah.
Pada Jumaat lalu (8 Okt) pula, sebuah mahkamah di ibu kota wilayah Maharashtra menolak permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan dalam kes penyalahgunaan dadah.
SOURCE: mediacorp.sg
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.