Ahli kumpulan One Direction Zayn Malik diugut kerana sokong Palestin


Zayn Malik diugut kerana sokong Palestin - Status Twitter #FreePalestine yang dimuat naik Zayn Malik 

HOLLYWOOD - LOS ANGELES. Selebriti Hollywood terkenal, Zayn Malik menerima ugutan daripada peminat Israel setelah memuat naik status yang menyokong pembebasan Palestin dari genggaman Israel.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, ahli kumpulan One Direction itu dipaksa membunuh dirinya sendiri atau membiarkan rakyat Israel membunuhnya setelah Zayn Malik memuat naik status bersama hastag #FreePalestine di laman sosial Twitternya pada 28 Julai lalu.

 “#FreePalestine,” katanya melalui sebuah status di akaun Twitternya.

Paparan status tersebut menyebabkan beberapa orang pengikutnya turut menghamburkan kata-kata kesal di lamannya.

“Kamu ada peminat di #Israel. Ia sangat mengecewakan saya apabila salah seorang dari idola saya menentang Israel,” kata seorang peminatnya.

Zayn Malik bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons mengenai ugutan dan maklum balas peminatnya.

Dia juga tidak memadamkan status tersebut dan hanya memuat  naik status berbentuk smiley pada 31 Julai lepas.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.