Kemuncak Anugerah Academy ke-81

Kemuncak Anugerah Academy ke-81

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Tumpuan terarah kepada filem Slumdog Millionaire dan Brad Pitt dalam Benjamin Button

Bagi peminat dunia hiburan, anugerah akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Star Movies (saluran 413) pada hari berkenaan, jam 9 pagi. Siaran ulangannya pula pada jam 8 malam. Selain acara kemuncaknya iaitu penyampaian trofi kepada pemenang, laporan juga termasuk liputan istimewa bintang terkenal berjalan di permaidani merah.

Picture
Brad Pitt dan Angelina Jolie

Anugerah berprestij yang bakal dihoskan buat pertama kali oleh pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman. Ketika ini ramalan siapa yang bakal dinobatkan dalam setiap kategori sudah mula diperkatakan.

Mampukah filem murah Slumdog Millionaire arahan Danny Boyle akan meneruskan kecemerlangannya dalam anugerah ini? Filem itu mengisahkan seorang budak lelaki yatim piatu di Mumbai yang membesar dengan penuh kepayahan. Hidupnya berubah apabila dia memenangi program gameshow Who Wants To Be A Millionaire versi India.

Apakah keajaiban bakal berulang lagi malam itu nanti selepas filem itu berjaya meraih tujuh anugerah, termasuk filem terbaik dalam British Academy Film Awards (Bafta). Sebelum itu, empat anugerah sudah dibolot filem ini di dalam Anugerah Golden Globe ke-66 dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Skor Muzik Terbaik.


Bayangkan filem yang pernah difikirkan untuk dijadikan di dalam format DVD ini akhirnya berjaya mendapat maklum balas positif dan diiktiraf dalam pelbagai anugerah utama antarabangsa. Di Anugerah Academy nanti, filem Slumdog Millionaire menerima 10 pencalonan. Ini menjadikan potensi filem itu untuk memenangi kategori tertentu dalam anugerah ini memang cerah. Cuma kategori pelakon utama, Freida Pinto dan Dev Patel masih baru dan belum cukup gah untuk mendapat perhatian.

Picture
MICKEY Rourke dan Kate Winslet masing-masing dicalonkan untuk Aktor dan Aktres Terbaik.

Namun jangan dipandang sebelah mata kepada filem romantik cinta epik lakonan Brat Pitt dan Cate Blanchett, The Curios Case Of Benjamin Button yang mendapat 13 pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik diwakili oleh Brat Pitt. Sejarah pernah membuktikan kategori Filem Terbaik pernah dimenangi dua filem iaitu Titanic dan All About Eve yang masing-masing tercalon untuk 14 kategori.

Apakah filem arahan David Fincher ini bakal mengulangi sejarah yang pernah tercipta.

Filem Benjamin Button pernah diramalkan sebagai Filem Terbaik di Golden Globe, namun kehadiran filem ‘underdog’, Slumdog Millionaire tiba-tiba menepis segala ramalan apabila membawa pulang kategori itu. Tapi jangan lupa kepada pesaing filem lain seperti filem Milk, satu karya yang yang mengetengahkan perjuangan ahli politik yang mempraktikkan seks sejenis.


Filem Milk mendapat lapan pencalonan. Begitu dengan filem bercorak drama, The Reader dan Frost/Nixon yang masing-masing menerima lima pencalonan. Kedua-dua filem ini juga mampu membikin kejutan untuk diangkat sebagai Filem Terbaik.

Angelina Jolie, Kate Winstlet calon pilihan

BAGI kategori Aktor Terbaik, Brat Pitt berdepan dengan laluan sukar untuk memegang trofi Oscar apabila perlu menghadapi kehebatan Mickey Rourke yang dicalonkan menerusi filem The Wrestler. Mickey pernah memenangi anugerah yang sama di Golden Globe. Siapa tahu watak pejuang politik gay lakonan bekas suami Madonna, Sean Penn mampu memberi kelainan.

Picture
INILAH trofi Oscar yang diidam semua penggiat seni Hollywood.

Selain itu, gelaran Aktres Terbaik di Anugerah Academy ke-81 kali ini mungkin menjadi milik bintang filem Revolutionary Road, Kate Winslet. Sebelum ini, Kate sudah mengecapi nikmat sebagai Aktres Terbaik dalam anugerah Golden Globe dan BAFTA .

Kate juga bukan saja dicalonkan dalam Aktres Pembantu Terbaik tetapi namanya turut tersenarai sebagai calon untuk Aktres Pembantu Terbaik menersi filem The Reader.

Calon lain yang disenaraikan sebagai Aktres Terbaik ialah Angelina Jolie dan Meryl Streep. Pencalonan Angelina bakal menjadi tumpuan kerana lakonannya yang memuaskan dalam filem menyayat hati, Changeling. Memegang watak ibu bernama Christine Collin yang terseksa mencari anak kandungnya, ia diadaptasikan daripada kisah benar yang berlatarbelakangkan Los Angeles sekitar zaman 1930-an. Sayang juga pengarah filem ini yang juga pelakon, Clint Eastwood tidak berjaya dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Mendiang Heath Ledger masih dicalonkan untuk kategori Aktor Pembantu Terbaik menerusi watak Joker di dalam filem The Batman, Dark Knight. Ini adalah pencalonan kali kedua Anugerah Academy buat pelakon yang meninggal dunia pada usia 28 tahun kerana disyaki mengambil dadah berlebihan.

Andai kata kemenangan menyebelahi Heat Ledger sekali gus menumbangkan hasrat Josh Brolin, Philip Seymour Hoffman, Robert Downey Jr dan Michael Shannon. Kemenangannya itu juga akan memahat sejarah menjadi aktor kedua selepas Peter Finch yang menerima Oscar untuk filem Network pada 1976 selepas kematiannya.

INFO

Filem Terbaik

  • Slumdog Millionaire
  • Milk
  • Frost/Nixon
  • The Curious Case Of Benjamin Button
  • The Reader

    Pengarah Terbaik
  • Danny Boyle (Slumdog Millionaire)
  • David Fincher (The Curious Case Of Benjamin Button)
  • Stephen Daldry (The Reader)
  • Gus Van Sant (Milk)
  • Ron Howard (Frost Nixon)

    Pelakon Lelaki Terbaik
  • Richard Jenkins (The Visitor)
  • Sean Penn (Milk)
  • Frank Langella (Frost/Nixon)
  • Mickey Rourke (The Wrestler)
  • Brad Pitt (The Curious Case Of Benjamin Button)

    Pelakon Wanita Terbaik
  • Kate Winslet (The Reader)
  • Meryl Streep (Doubt)
  • Anne Hathaway (Rachel Getting Married)
  • Angelina Jolie (Changeling)
  • Melissa Leo (Frozen River)

    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Heath Ledger (Batman, The Dark Knight)
  • Josh Brolin (Milk)
  • Philip Seymour Hoffman (Doubt)
  • Robert Downey Jr (Tropic Thunder)
  • Michael Shannon (Revolutionary Road)

    Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • Penelope Cruz (Vicky Cristina Barcelona)
  • Viola Davis (Doubt)
  • Marisa Tomei (The Wrestler)
  • Taraji P Henson (The Curious Case Of Benjamin Button)
  • Amy Adams (Doubt)


  • Kongsikan artikel ini:

    Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
    klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



    Post a Comment

    0 Comments
    * Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.