Leonardo DiCaprio berterima kasih kepada Riza Shahriz Abdul Aziz kerana memenangi anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street

Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



DiCaprio bersetuju berlakon filem itu di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun lalu.

Riza bagaimanapun enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya, Rosmah Mansor.

Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio (gambar) mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.


Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Picture
Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini,” katanya.


Ucapan itu boleh disaksikan melalui laman Youtube pada minit ke 1:37 dan video itu turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman sosial, Twitter untuk mengesahkan Riza adalah “tulang belakang” kepada filem berkenaan.

Picture
“Saksikan ucapan Leonardo DiCaprio sewaktu menerima anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street.


“Pada minit ke 1:37, beliau memberi kredit kepada Riza dan beberapa individu lain termasuk ‘Joe’ dan persoalannya adakah Joe itu merujuk kepada penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low?,” katanya di Twitter.

Picture
Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.