Filem Hollywood bakal jalani penggambaran di Sarawak Malaysia

Filem Hollywood akan jalani penggambaran di Sarawak

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Tiga buah filem terbitan Hollywood dan Malaysia bakal menjalani penggambaran di Sarawak.

Salah satu filem tersebut akan mengisahkan tentang buaya lagenda Sarawak berjudul "Bujang Senang" dan dikatakan akan menelan belanja sebanyak RM12 juta.

Picture
Filem Bujang Senang telan RM12 juta

"Dua lagi filem adalah terbitan Malaysia bertajuk "Kilat" berharga RM6 juta dan "Sapok Biki" diterbitkan oleh Moonbeam Production," ujar Pengarah Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA), Livan Tajang kepada Bernama.


Menurut Livan, satu memorandum persefahaman bagi penggambaran filem berkenaan di Sarawak akan ditandatangani pada AIFFA dari 9-11 April depan.

Picture
Jessica Alba berlakon sebagai gadis Sarawak ketika dalam filem 'The Sleeping Dictionary'

Tambah Livan lagi, acara kemuncak festival itu adalah majlis makan malam gala AIFFA dan penyampaian anugerah pada 11 April di Pusat Konvensyen Borneo Kuching yang mana akan menyaksikan lebih 50 buah filem akan bertanding untuk anugerah berkenaan.


Dalam pada itu, Livan turut memberitahu bahawa festival kali ini akan disertai lebih 200 selebriti dari China, Vietnam, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Laos, Brunei, Myanmar dan Malaysia.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.