Demi Lovato World Tour temui peminat di KL Live 4 Mei ini!


Demi Lovato World Tour temui peminat di KL Live 4 Mei ini!

Penyanyi popular Demi Lovato bakal mengadakan konsert "Demi Lovato: Demi World Tour Live in Kuala Lumpur" pada 4 Mei depan di KL Live pada jam 7 malam.

Dipetik dari Berita Harian, ini merupakan kali kedua penyanyi berusia 22 tahun membuat persembahan di Malaysia, di mana kali pertamanya pada tahun 2013.


Pastinya peminat-peminat Demi tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kali ini apabila Demi akan mendendangkan lebih banyak lagu popular.

Dalam pada itu, Malaysia dipilih sebagai lokasi kedua konsert jelajah Demi di Asia selepas menghiburkan peminat di Singapura.

Demi dijangka akan menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti "Let It Go", "Skyscraper", "Heart Attack", "Give Your Heart A Break", "Neon Lights" dan banyak lagi.

[Sumber foto: idolator]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.