![]() |
| KATY PERRY |
Untuk memperlihat sebahagian anggota badannya buat tatapan percuma orang ramai dianggap tidak menjadi masalah kepada Katy. Cuma, dia sentiasa berpegang prinsip tidak mengambil gambar dalam keadaan bertelanjang.
"Luarannya, saya nampak nakal dan liar. Tetapi, jurugambar tahu saya tidak sesekali akan beraksi untuk majalah Playboy. Kalau tidak punya pilihan dan diarah berbogel, saya akan melakukan stail Dita Von Teese," jelasnya spontan.
Selepas mendirikan rumah tangga Katy ingin menghabiskan seluruh hayatnya bersama sang suami, Russell Brand, jelas Katy, ia sudah menjadikan dia sebagai wanita paling seksi dalam dunia ini tanpa mampu diganggu gugat.
![]() |
| JESSICA ALBA |
Bercakap kepada majalah Elle untuk keluaran Disember ini, wanita berusia 29 tahun itu mengaku dia merupakan seorang pemalu.
Namun, disebabkan terlibat dalam belantika seni, suka atau tidak dia harus mendepani kemilauan glamor.
"Apabila terlibat dalam filem komedi, baru saya dapat meluah sebenar diri yang gila-gila dan nakal. Tiada lagi istilah mahu menjaga ketrampilan.
"Kerana itu, saya lebih suka watak humor berbanding serius," jelasnya.
Selain sarat sifat pemalu, dia terbiasa dibayangi kebimbangan dengan setiap kritikan dihadapkan kepadanya.
Baik komen dimunculkan oleh pihak media atau masyarakat, perasaan itu luah Jessica, mula terbit sejak dia kecil lagi.
"Bayangkan, setiap kali diberi pujian atau kejian, saya akan menganggap ia sebagai sesuatu yang serius. Nasib saya baik kerana lama-kelamaan, sikap ini mula terhakis daripada diri.
"Pada waktu sama, saya sentiasa memperbaiki diri dalam lakonan agar tidak klise seperti kemunculan sebelum ini.
"Jika watak yang diperoleh berbaloi ditambah dapat bekerja bersama pengarah hebat, ia sudah dilihat sebagai kejayaan awal."
![]() |
| KIM KARDASHIAN |
BIAR ada waktunya adik-beradik glamor Kim, Khloe dan Kourtney dilihat bertikam lidah menerusi program realiti, Keeping Up With The Kardashians, yang pasti mereka sukar menolak perumpamaan - air dicincang tidak akan putus.
Dalam nada bangga, Kim, 30, memberitahu, Khloe dan Kourtney sentiasa membakar semangatnya untuk bergelar pereka fesyen berjaya pada masa depan.
Buat permulaan, tiga beradik itu bakal meluncurkan jenama pakaian sendiri pada awal tahun depan.
Menghurai cerita, Kim mengaku penglibatan Khloe dan Kourtney ibarat kerja berpasukan yang hebat.
Bahkan, masing-masing sibuk memunculkan idea terbaik dan tidak sabar untuk mempersembahkan koleksi perdana mereka kepada pelanggan.
"Saya rasa teruja dapat bekerjasama dengan Khloe dan Kourtney kerana setiap daripada kami begitu ikhlas menjalankan tugas.
"Bayangkan, daripada ilham rekaan pakaian sehingga mencapai keputusan akhir, ia dibuat sendiri oleh kami.
"Terus terang, saya percaya diri mampu bergelar pereka fesyen berjaya suatu hari nanti atas segala bantuan mereka," jelasnya gembira.
Tiga beradik penuh ambisi itu akan melancarkan label K-Dash by Kardashian, koleksi merangkumi celana panjang, jaket, pakaian dan beg pada September depan.
Kim sendiri beria-ria melampiaskan sepenuh kecintaan terhadap dunia fesyen.
DIA dibandingkan dengan Angelina Jolie, dilabelkan sebagai klon kepada aktres seksi itu, malah dikata bakal menggantikan Angelina untuk melakonkan watak utama francais filem Tomb Raider iaitu Lara Croft.
Enggan jadi klonPenampilan, imej, aura simbol seks, sehinggalah tatu yang tertera pada tubuhnya dikatakan menyamai Angelina. Malu dengan perbandingan itu kerana berpendapat Angelina jauh lebih hebat berbanding dirinya, Megan tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi popular seperti hari ini.
Namun, Megan mempunyai pandangan tersendiri mengenai Angelina yang sebelum ini dilaporkan tidak senang dibandingan dengan bintang yang baru bersinar sepertinya.
"Saya sebenarnya takut dengan Angelina, saya tidak pernah meraih peluang untuk bersua dengannya dan saya cuba untuk tidak bersua dengannya kerana ke takutan itu. Angelina merupakan individu yang sangat berpengaruh dan saya berani bertaruh dia akan makan saya hidup-hidup. Saya rasa sebab itulah saya takut sangat dengan Angelina,"katanya.
Tambah Megan dia sudah banyak menolak tawaran berlakon filem kerana tidak mahu penonton berfikir dirinya cuba menjadi klon Angelina Jolie.

Aktres kelahiran Tennessee, Amerika Syarikat itu memulakan karier sebagai model dan berlakon sejak tahun 2001 dengan memegang watak sampingan dalam filem Holiday In The Sun (2001). Dia kemudiannya mula menggilap nama dan bakatnya apabila muncul sebagai pelakon tetap siri komedi, Hope & Faith dari 2001 hingga 2004.
Namun, pemilik nama Megan Denise Fox itu hanya mula dikenali secara komersial menerusi filem lakonan utama Lindsay Lohan, Confessions Of A Teenage Drama Queen (2004). Akhirnya dia menempa populariti di peringkat global selepas kemunculan yang penuh efektif menerusi naskhah Transformers (2007).
Keupayaannya menyerlah menerusi watak Mikaela Banes, teman wanita watak Sam lakonan Shia Labeouf dalam filem yang penuh dengan watak-watak robot mesin itu cukup mengagumkan. Justeru, tidak menghairankan apabila dia kembali kali ini menerusi sekuel filem itu yang berjudul, Transformers: Revenge of the Fallen.
Bakal muncul menerusi tiga filem baru iaitu Jennifer's Body, Jonah Hex dan The Crossing, Megan sempat digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Shia.
Menyelitkan lebih banyak aksi, sekuel Transformers yang masih mengekalkan pengarahnya, Michael Bay itu turut dibintangi Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Isabel Lucas dan John Turturro. Bagi mendalami filem yang menelan bajet AS$200 juta (RM706 juta), ikuti petikan temu bual Megan yang disediakan oleh United International Pictures (Malaysia)
Perasaan anda kembali dalam francais filem yang membuatkan anda popular di peringkat global?
MEGAN FOX: Saya berasa teruja untuk kembali terbabit dengan siri filem Transformers kerana ia berbeza dengan pengalaman saya ketika berlakon filem bajet rendah.
Menjalani penggambaran untuk filem bajet rendah adalah satu proses yang lambat dan anda akan mengambil masa tiga hari untuk merakamkan satu babak. Tapi untuk filem Transformers, kami boleh merakamkan separuh daripada filem dalam masa sehari. Jadi ia amat menarik dan menyeronokkan.
Bagaimana watak anda berkembang kali ini?
Hubungan antara Sam dan Mikaela sudah terjalin selama dua tahun jadi ia tidak memaparkan proses romantik antara mereka berdua lagi. Mereka selalu bergaduh. Sama seperti pasangan tua yang sudah lama berkahwin.
Berapa banyak lakonan aksi yang membabitkan anda?
Rasanya untuk keseluruhan filem. Saya pasti kami tidak pernah mempunyai satu penggambaran yang tidak memerlukan kami berlari. Jadi, itu semua adalah aksi.
Pengalaman untuk menjalani penggambaran menyelamatkan dunia di lokasi bersejarah, di Mesir?
Mesir merupakan satu tempat yang menakjubkan. Saya baru sahaja mengetahui dan tidak tahu sejauh mana kebenarannya bahawa produksi kami merupakan filem pertama sejak tahun 1930-an yang menjalani penggambaran di situ. Ini yang membuatkan ia amat istimewa. Semasa di Mesir, kami asyik berdebat sama ada piramid itu sebenarnya dibina oleh manusia atau makhluk asing.
Filem pertama Transformers (2007) amat berjaya dan mengejutkan ramai pihak. Pernahkah anda menyangka untuk kembali dalam sekuelnya dalam tempoh hanya dua tahun?
Secara jujurnya, kami semua tahu keuntungan yang diperolehi filem itu dan telah meneka bahawa kami akan kembali untuk sekuelnya. Lagipun watak-watak lakonan kami amat muda dari segi usia. Jadi tiada siapa yang mahu melihat Sam dan Mikaela semasa mereka berusia 30 tahun. Maka, filem itu perlu segera dibikin sejurus selepas edisi pertama.
Adakah anda teruja untuk berada di tahap sekarang?
Ia satu rahmat untuk terlibat sama dalam filem ini. Saya agak baru ketika terlibat dalam Transformers. Saya amat takut sehingga tidak mampu membuka mulut dan bercakap. Namun, selepas menimba pengalaman, saya secara natural berkembang menjadi seorang pelakon. Apa yang utama adalah bersifat jujur di hadapan kamera.
Apakah robot Transformers kegemaran anda dalam filem ini?
Devastator. Saya tidak mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan dia dan tanggungjawab dia adalah untuk memusnahkan semua benda di hadapan kami.
Adakah sukar untuk berlakon apabila Michael Bay yang terkenal dengan kaedah kerjanya yang merakam filem dengan kadar cepat?
Bahagian yang paling sukar selain daripada sakit badan adalah semasa saya berada di lokasi, saya menyangka bahawa saya akan merakamkan babak berlari. Tapi sebenarnya saya diperlukan untuk merakamkan babak emosi. Semua itu berlaku tanpa latihan. Saya cuma diberitahu apa yang perlu dikata dan dilakukan dan kamera akan terus merakam. Itu amat sukar dan anda perlu memiliki ingatan yang bagus.
Bagaimana kejayaan Transformers telah mengubah hidup anda?
Ia berlaku secara berperingkat. Tapi apa yang boleh dikatakan hidup saya memang berbeza. Tiada siapa di antara kami yang boleh bercakap sesuatu tanpa menjadi berita utama di laman web Yahoo!. Jadi kami tidak berjenaka atau melakukan kerja-kerja 'bodoh' seperti dulu. Kami perlu berhati-hati kerana ramai orang yang memerhatikan kami.
Adakah anda berdepan dengan masalah solekan apabila perlu berlari dalam cuaca yang panas?
Michael sebenarnya tidak begitu suka dengan dandanan rambut serta solekan dan saya pula tidak suka duduk di atas kerusi berjam-jam lama untuk bersolek. Jadi, jika solekan itu pudar atau comot, kami biarkan sahaja supaya kelihatan lebih natural.

FILEM Transformers mengangkat wanita ini menjadi bintang popular.
Betulkah anda dikatakan perlu menaikkan berat badan untuk naskhah kedua Tranformers itu?
Sebelum ini saya perlu mengurangkan berat badan dalam filem Jennifer's Body apabila melakonkan watak zombie yang amat kurus. Saya hilang 15 paun dan kelihatan tidak sihat. Michael pula tidak suka imej wanita terlalu kurus.
Dia suka wanita yang kelihatan sihat secara fizikal dan saya perlu menaikkan berat badan. Bagaimana saya menaikkan berat badan? Kek adalah jawapannya. Saya akan makan kek setiap malam selepas makan malam pada pukul 10.30 malam dan telah naik 10 paun dalam masa tiga minggu.
Pernahkah anda terfikir bagaimana lakonan telah membuka peluang kepada anda untuk mengembara ke negara luar?
Saya tidak pernah keluar melancong sebelum saya terlibat dengan Transformers. Saya tidak mempunyai pasport dan perlu mendapatkannya untuk promosi jelajah Transformers. Kami perlu pergi ke banyak tempat dan ia amat menyeronokan. Saya melihat benda yang mungkin tidak akan dilihat oleh orang lain.

TIDAK perlu bersolek tebal untuk tampil menawan dalam dalam filem aksi padat ini.
Anda akan terlibat dalam filem ketiga atau keempat jika francais ini diteruskan?
Pastinya. Ia sebuah cerita yang hebat tetapi saya rasa kami memerlukan sedikit rehat untuk mengumpul semula tenaga.
Raja Pop, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu dilaporkan akan dikebumikan mengikut ajaran islam, lapor sebuah laman web semalam.
Laman web dakwa solat jenazah juga bakal diadakanMenurut laman web Kahbrein. Info, keluarga Michael yang mesra dengan panggilan Jacko itu sudah memutuskan bahawa dia akan dikebumikan menurut agama Islam termasuk mengadakan solat jenazah.
Solat jenazah itu akan diketuai oleh seorang imam dan sejumlah pengikutnya.
Penyanyi itu yang meninggal dunia selepas degupan jantungnya berhenti berfungsi meninggal dunia di rumah yang disewanya di sini.
Raja Pop yang popular dengan lagu seperti Beat It itu dilaporkan memeluk agama Islam pada November tahun lalu selepas dia diyakini bahawa agama tersebut mampu memberinya ketenangan.
Sebelum dia menganut agama Islam, dia pernah menyumbangkan sejumlah wang untuk pembinaan sebuah masjid di sebuah negara Teluk.
"Pihak keluarga menimbangkan untuk melakukan pengebumian mengikut ajaran Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut ajaran agama barunya," lapor laman web aceshowbiz.com yang memetik satu sumber.
Menurut sumber itu, abang Jacko, Jermaine turut memberitahu keluarganya supaya pengebumian mengikut agama Islam diadakan untuk adiknya.

JENAZAH Jacko akan ditempatkan di Pusat Staples, Los Angeles sebelum dikebumikan.
Sementara itu, beberapa pegawai di bandar raya ini cuba untuk memikirkan bagaimana untuk menganjurkan majlis memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Michael di Pusat Staples kerana ia cuma boleh memuatkan lebih 20,000 orang.
Majlis penghormatan terakhir itu akan diadakan pada pukul 10 pagi waktu tempatan pada Selasa ini.
Majlis itu dijangka dihadiri oleh sejuta peminat penyanyi tersebut yang cukup popular pada tahun 1980-an.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dilaporkan akan diundang untuk menghadiri majlis itu.
Pada malam kelmarin Obama buat pertama kalinya memberi reaksi berhubung kematian Jacko iaitu: "Saya masih menyimpan lagunya di dalam iPod saya. Saya membesar bersama muziknya."
Selepas majlis di Pusat Staples, jenazah Jacko akan dikebumikan di pusat perkuburan Forest Lawn di Hollywood yang akan dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Dengan segala publisiti yang diterima hasil kemunculannya dalam filem pertama, kemunculannya dalam filem ini tidak lebih sebagai penyeri saja. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai sumbangannya dalam episod kedua filem ini. Selain menjuihkan bibir, nampak seksi, menonggeng di atas motosikal tanpa tujuan, merengek serta memaksa kekasihnya mengakui menyintainya dan melunaskan babak cinta bersama si buah hati membuatkan penampilan Megan dalam filem ini seperti tempelan saja.
Penonton akan terpaku melihat aksi pertarungan dua kumpulan robot yang berebut kuasa
MEGAN Fox? Apa hebatnya dia dalam filem Transformers: Revenge of the Fallen?
Tidak syak, dia calon terbaik untuk merampas kedudukan Angelina Jolie sebagai aktres paling panas dan seksi. Namun, pada hakikatnya, lakonan Fox tidaklah sehebat mana. Dia beruntung kerana dianugerahkan wajah yang menarik, tubuh yang menggiurkan dan peluang muncul dalam filem sebesar Transformers ini.
Jika tidak kerana pengarah Michael Bay, mungkin dia hanyalah gadis kalendar yang menjadi penghias dinding.
Lupakan Fox kerana tanpa dirinya pun, Revenge of the Fallen tetap hebat dan mengagumkan. Disokong kerja kamera yang menakjubkan, kesan khas di luar khayalan, kemunculan beberapa watak robot baru (seperti Jetfire, The Twins, Wheelie, The Fallen, Demolishor dan Devastator), serta babak aksi yang merentap jantung, filem ini tentunya pilihan tepat untuk anda berhibur di panggung.
Hakikatnya, selepas berbulan-bulan membuat peminat gelisah menerusi tayangan treler di pawagam dan Internet, kini penantian dua tahun oleh pengikut setia Transformers terubat apabila filem keduanya, Transformers: Revenge of the Fallen, dibawa masuk ke pawagam seluruh dunia Khamis lalu.
Biarpun kurang mendapat tempat di hati pengkritik, kisah sambungan sekumpulan robot Autobot yang bersatu dengan manusia menentang misi jahat robot Decepticon tetap sebuah persembahan yang menghiburkan, penuh dengan babak aksi, komedi serta cerita cinta yang mempesona.
Lebih besar daripada filem pertama yang menemui penonton pada Julai 2007, Revenge of the Fallen tidak mustahil bakal muncul filem musim panas terhebat dan paling berjaya kutipannya di negara ini, seterusnya mengatasi pungutan Terminator Salvation yang dikatakan sudah pun melepasi angka RM15 juta di Malaysia saja.
Menerusi filem susulan ini, penonton dihidangkan dengan cerita kononnya dua tahun sudah berlalu sejak Sam Witwicky (Shia LaBeouf) dan Autobot menyelamatkan bumi daripada penjajahan Decepticon. Kini, Sam bersedia untuk berdepan cabaran lebih besar, iaitu meninggalkan rumah untuk belajar di universiti.
Walaupun dia pernah menjadi wira tidak lama dulu, namun cerita itu menjadi legenda kota dengan hanya pereka teori konspirasi yang mempercayainya. Sam masih seorang remaja yang teruja untuk menuju alam dewasa, keluar daripada rumah ibu bapanya (Kevin Dunn dan Julie White) buat kali pertama, serta menyatakan kesetiaan kepada kekasih, Mikaela (Megan Fox). Sudah tentulah, dia juga perlu menjelaskan pemergiannya kepada robot yang menjaga keselamatannya selama ini, Bumblebee.
Ketika yang sama, Autobot terus menetap di bumi dan bersatu dengan tentera dalam pasukan rahsia yang diberi nama NEST. Optimus Prime dan rakan Autobot lain bekerjasama dengan ketua pasukan, Mejar Lennox (Josh Duhamel) dan Sarjan Epps (Tyrese Gibson), dalam usaha mereka memburu saki-baki Decepticon yang masih bersembunyi di bumi. Malangnya, ketika berusaha membina hidup baru buat manusia, Autobot mendapati kehadiran mereka kini tidak lagi disenangi.
Optimus Prime, ketua Autobot, setuju untuk meninggalkan bumi jika itulah yang dikehendaki pemimpin dunia. Namun dia memberikan amaran, apakah akan terjadi jika pemergian Autobot sebaliknya mendedahkan dunia kepada bahaya lebih hebat?
Di kolej, Sam ditemukan dengan rakan yang berangan hebat dengan dunia mayanya, Leo (Ramon Rodriguez), serta pelajar perempuan yang cuba menggoda dirinya dengan apa cara, Alice (Isabel Lucas). Cuba menangani kehidupan baru sebaik mungkin, Sam bagaimanapun diganggu bayangan yang sering terpancar dalam mindanya. Dia bercelaru dengan pelbagai simbol yang timbul dalam otaknya. Decepticon kini menyedari, remaja itu sebenarnya memegang kunci kepada punca pertelagahan antara kebaikan dan keburukan.
Terpaksa melupakan kehidupan normal, dengan bantuan Autobot, askar Nest, bekas ejen kerajaan, John Simmons (John Turturro), Sam dan Mikaela kini mesti mendedahkan rahsia kehadiran Transformer di bumi, serta pengorbanan harus mereka lakukan demi menyelamatkan dunia daripada ancaman masa lampau yang penuh dendam, robot Decepticon yang dipanggil The Fallen.
Lakonan LaBeouf makin matang
PADA setengah jam pertama cerita, penonton dihidangkan dengan minit imbas kembali bagaimana bangsa robot sebenarnya pernah datang ke bumi serta babak di mana pasukan NEST cuba mencari saki-baki robot jahat yang bersembunyi di bumi. Tidak dilupakan, kemunculan Sam serta keluarga dan kekasihnya, serta bagaimana masing-masing cuba meneruskan kehidupan selepas insiden kehadiran makhluk asing dua tahun lalu.
Selepas babak huru-hara di Shanghai, mungkin suasana agak suram seketika apabila Sam berpindah ke kolej. Nasib baik karakter si ibu (Julie White) banyak menyelamatkan keadaan. Wataknya cukup seronok untuk ditonton, dengan sikapnya yang kelam-kabut dan kelakar. Namun, sebaik saja Sam mula menyedari kehadiran Decepticon di kampus, Revenge of the Fallen bertukar rentak menjadi lebih pantas dan babak mendebarkan silih berganti memenuhi layar lebar.
Paling tidak, tiga atau empat babak pertarungan sama ada antara robot baik dan jahat, serta manusia dan robot membuatkan penonton tidak senang duduk di kerusi. Aksi pertarungan di pinggir hutan antara Optimus Prime bersama beberapa robot Decepticon mungkin babak aksi paling menarik pernah dihidangkan di layar lebar sehingga kini.
Jika White menceriakan suasana pada separuh pertama filem ini, separuh keduanya pula menjadi milik pelakon John Turturro. Digarap lebih kelakar, lakonan sebagai bekas ejen kerajaan yang ditutup sektornya, cukup menjadi. Dia berjaya menghidupkan lagi babak komedi yang sememangnya ada saja diselit di mana-mana sepanjang lebih dua jam tayangan filem ini.
LaBeouf pula masih mengekalkan lakonan berkesannya sebagai anak muda yang terperangkap dalam misi menyelamatkan dunia. Cuma, kali ini dia lebih serius dan tampak matang, sesuai dengan kemasukannya ke universiti.
KIM Kardashian mengakui bahawa dia sangat meminati aktres wanita paling seksi di dunia Megan Fox.
Personaliti TV Kim Kardashian ketika tiba di tayangan perdana filem "Transformers: Revenge Of The Fallen"
"Megan Fox sangat menarik bagi saya, belum pernah saya meminati mana-mana wanita sebelum ini," katanya kepada laman web entertainment.
"Itulah sebabnya saya berada disini," tambah Kadarshian ketika menghadiri tayangan perdana Transformers: Revenge of the Fallen, yang dibintangi oleh Megan Fox.
LINDSAY Lohan menghadapi kesukaran melakonkan watak kameo sebagai Kimmie Keegan dalam filem 'Ugly Betty', ujar Vanessa Williams yang turut membintangi filem itu.
Lindsay Lohan ketika menghadiri parti AXE Lounge di Southampton
Pelakon drama popular komedi remaja 'Mean Girls' itu telah membuat penampilan dalam 4 siri episod tahun lepas sebagai bekas musuh ketat Betty di zaman kanak-kanak mereka.
Williams percaya ini akan memberi pengajaran yang berguna kepada Lindsay.
"Ia memakan masa 10 hari untuk menyiapkan satu episod dan kami bekerja dengan keras kerana kami perlu menghasilkan banyak lagi produksi yang lain," katanya kepada media.
PELAKON Harry Potter, Emma Watson telah menafikan khabar-khabar angin mengenai perpisahan dengan teman lelakinya, Jay Barrymore.
Pelakon itu menyalahkan tabloid yang menyebarkan khabar-khabar angin itu dan mendedahkan bahawa hubungan dia dengan teman lelakinya masih kukuh.
"Satu-satunya sebab tersebarnya perkara ini adalah kerana tabloid-tabloid yang menghasilkan terlalu banyak sampah!" katanya kepada satu sumber.
Pasangan ini telah bersama untuk setahun walaupun khabar-khabar angin telah tersebar mengatakan yang hubungan mereka berada dalam masalah.
Watson juga gembira dengan persahabatannya bersama bintang-bintang Harry Potter yang lain seperti Daniel Radcliffe dan Rupert Grint dan menggambarkan mereka sebagai satu "sistem sokongan unik" dalam melakukan kerja filem.
Raja pop, Michael Jackson dan bintang televisyen 70-an, Farrah Fawcett menghembuskan nafas terakhir mereka, Khamis.
Jackson, 50, yang dipercayai diserang sakit jantung sudah tidak bernafas ketika anggota paramedik Jabatan Bomba Los Angeles tiba di rumahnya di Los Angeles pada 12:30 p.m. waktu tempatan (3:30 EDT, 19:30 GMT).
Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.
Sementara itu, Fawcett yang merupakan bintang The Charlie's Angels meninggal dunia ekoran kanser. Mendiang berumur 62 tahun.
Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.
Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.
Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.
"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.
Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian.
Berita kematian Michael Jackson mengejutkan dunia
Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun.
Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak.
Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjad
i buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan.Michael atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral.
Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya.
Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya.
Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital.
Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia.
Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy.
Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat.
Namun, reputasi Michael tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik.
Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London.
Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album "Thriller" dan "Off the Wall" memberitahu stesen MSNBC: "Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka."

Berita kematian Jacko bermula dari laman web
Era digital nyata media masa kini apabila maklumat pantas dan terkini mengenai berita kematian raja pop, Michael Jackson disebarkan oleh media baru internet, bukannya pengacara stesen tv seperti sebelum ini.
Malah, berita awal daripada portal berita online dan laman agak bercelaru apabila kematiannya menimbulkan tanda tanya - Adakah Michael masih hidup? Atau, benarkah dia dalam koma?
Berita itu tersebar seperti api yang marak oleh laman web berita seluruh dunia, rangkaian laman sosial serta Twitter.
Laman web selebriti, TMZ.com dikatakan yang pertama memaparkan berita kematian Michael jam 5.20 petang waktu tempatan (2120 GMT).
Berita yang dipaparkan TMZ itu dianggap paling awal dan mengejutkan banyak laman web lain sebelum ditambah dengan lebih banyak maklumat dan kesahihan selepas itu.
“Semuanya bermula dengan satu tip berita,” kata Harvey Levin, pengarang urusan TMZ.
“Kami tidak akan menyiarkannya jika ia bukannya berita sahih," katanya.
Beberpaa minit kemudian, kematian Michael disahkan oleh Los Angeles Times dan The Associated Press (AP) dan terus dipaparkan dalam siaran berita malam rangkaian media berkenaan.

Kematian Michael Jackson diratapi peminatnya
Suasana hiba dan tangisan ratusan peminat mengiringi kematian raja pop, Michael Jackson di pekarangan hospital di sini, hari ini.
“Sehingga saat ini, saya tidak percaya kami kehilangan raja penghibur yang tiada tandingannya," kata Lana Brown, 49, dari Dallas yang air mata berlinangan.
Lana yang mengakui peminat fanatik Michael atau Jacko berkata beliau sedang bercuti bersama keluarganya apabila diberitahu rakannya menerusi telefon mengenai kematian Michael.
Seperti ratusan lagi peminat Michael, Lana terus bergegas ke hospital UCLA di sini untuk melihat sendiri apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangannya itu.
“Say amat terkejut kerana tiada siapapun yang terfikir Michael akan meninggalkan kita untuk selama-lamanya.
"Orang seperti Michael Jackson akan hidup selama-lamanya, seperti Peter Pan,” kata Yoshiko Plair sambil menghadiahkan jambakan bunga matahari untuk Michael.
Ejen hartanah berusia 49 tahun itu memberitahu mengetahui berita kematian Michael menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) dan telefon bimbit menerusi rakannya.Beliau terus meninggalkan pejabatnya dan sempat ke rumah untuk memakai kemeja-t “Thriller” bersama kakak dan dua anak saudaranya bergegas ke hospital berkenaan.
“Dia menukar muzik, dialah yang bertanggungjawab menaikkan musik orang kulit hitam ke MTV sekarang, kata Plair.
“Saya menjadi peminatnya bermula daripada lagu pertamanya. Saya akan terus berbangga dengannya," katanya.
Pelajar, Ashley Leon, 20, juga bergegas ke hospital itu sebaik menerima berita bahawa Michael pengsan sebelum meninggal dunia.
“Saya telefon rakan serumah saya yang juga peminat fanatik Michael kerana ia satu kehilangan besar dalam hidup kami.
"Tahukah anda, kami membesar sealiran dengan muzik ciptaannya," katanya.

Jacko ambil preskripsi dadah sebelum meninggal
Michael Jackson mengambil preskripsi ubat mengandungi dadah sebagai persediaan tahap kesihatannya bagi membuat penampilan semula konsertnya di London, bulan depan.
Peguam keluarganya berkata, Michael yang masih berjuang menghadapi penyakit yang dihadapi sehingga terpaksa mengambil preskripsi dadah untuk membantunya bertahan.
Beliau dikatakan mula mengambil beberapa lagi ubat selepas cedera ketika menjalani latihan untuk konsert yang bakal diadakan itu.
"Ia (kematian Michael) bukannya sesuatu yang tidak dijangka...disebabkan ubat-ubatan yang diambil oleh Michael," kata peguam, Brian Oxman.
"Saya tidak tahu tahap mana ubat yang diambil Michael, tetapi laporan perubatan yang diterima keluarganya ia agak berat," katanya.
KACAK dan berpengaruh, bintang Hong Kong yang banyak merobohkan tembok hati gadis ini ternyata tidak lagi mampu membendung kenakalannya.
Bintang panas Internet mempromosi butik di Bangsar
Pada saat dia berasa dirinya masih seorang raja, ‘tentera’ alam maya menyerang apabila tahun lalu aksi nakal seorang Edison Koon Hei Chen atau Edison Chen, 28 , menggauli lebih setengah dozen wanita dipertontonkan di seluruh dunia tanpa sedar.
Sebanyak 1,300 keping gambar dan video lucah Edison telah menggemparkan dunia.
Pelakuan seks dengan beberapa wanita termasuk aktres terkenal Gillian Chung, Cecilia Cheung dan Rachel Nga menambahkan lagi predikat lelaki buaya darat bagi aktor yang cukup terkenal dengan lakonan dalam filem hebat seperti Internal Affairs, Initial D dan Trivial Matters ini.
Selepas ribut tersebut melanda, Edison digam, biar telah membuat permohonan maaf secara terbuka, banyak hati yang terguris. Aktres seperti Gillian dan Cecilia memikul malu yang luar biasa sehingga menyepi sebentar daripada dunia hiburan.
Sementara Edison pula terbang ke Amerika Syarikat sebelum bulan lalu dia bagai mendapat nyawa baru dengan muncul di khalayak ramai. Dia juga kembali dengan jenama pakaiannya, CLOT Inc. yang menyaksikan kolaborasi dengan Nike dan Bathing Ape.

EDISON dikerumuni media dan peminat ketika merasmikan butik Juice miliknya di Bangsar, Kuala Lumpur.
Setelah diterima baik oleh Hong Kong, Edison meluangkan masa ke Malaysia untuk merasmikan Butik Juice Kuala Lumpur di Jalan Telawi 5, Bangsar. Butik itu adalah miliknya yang diusahakan bersama dua teman dari Hong Kong dan Malaysia.
Di sini, buat pertama kalinya dia bertemu media Malaysia.
Malangnya, Edison enggan bercakap tentang insiden lampau dan menggariskan soalan yang boleh diajukan hanyalah menjurus tentang pembukaan cawangan perdananya itu, yang turut menjual pelbagai jenis jenama termasuk Nike dan Adidas.
Disambut hangat oleh lebih 1,000 peminat setianya yang menanti di luar butik sejak pukul 10.00 pagi, Edison berkongsi cerita selama 20 minit dengan media tentang butik tersebut dan kehidupannya secara ringkas selepas insiden skandal seks itu.
Bagaimana kehidupan anda selepas insiden tersebut? Pernah rasa putus asa selepas apa yang menimpa?
Lepas insiden itu saya pernah rasa putus asa. Tapi saya tak boleh melepaskan kehidupan saya begitu sahaja. Atas sokongan semua orang termasuk teman-teman, saya tak mahu lagi bersedih dan meneruskan kehidupan saya seperti biasa. Bisnes ini adalah salah satu cabang perniagaan saya sekarang.
Kenapa memilih Malaysia untuk membuka Juice Kuala Lumpur?
Kebetulan saya bertemu dengan rakan niaga, Edwin Chong yang mahu berkongsi aspirasi dengan saya menjalankan perniagaan ini.
Saya memilih untuk membuka butik di Malaysia kerana saya percaya stail dan fesyen di sini mempunyai persamaan seperti fesyen di Hong Kong juga Taiwan.
Fesyen saya lebih kepada street fashion (fesyen jalanan) yang sesuai dengan pasaran Malaysia. Lagipun, di sini ramai masyarakat Cina dan saya percaya butik ini akan sukses.
Selain butik, apa yang anda lakukan sekarang?
Jujurnya sekarang saya lebih selesa bekerja di sebalik tabir. Saya kini mempunyai rumah produksi sendiri dan saya senang untuk berada di belakang pentas mengeluarkan produk-produk dunia hiburan.
SANDRA Bullock merupakan antara pelakon yang berpegang kuat kepada prinsip untuk tidak berbogel di layar perak.
Malah, dengan prinsip yang dipegang itulah menjadikan Bullock antara aktres yang cukup diminati hingga kini meskipun usianya sudah mencecah 44 tahun.
Tetapi, akhirnya Bullock melanggar 'pantang larang' yang dipegang selama ini apabila buat pertama kalinya akan tampil berbogel untuk satu adegan dalam filem terbarunya, The Proposal.
Filem bergenre romantik komedi arahan Anne Fletcher dan menggandingkan Bullock bersama pelakon kacak, Ryan Reynolds itu akan menemui penonton Malaysia bulan depan.
Mengulas lanjut tentang adegan bogel tersebut, dengan penuh optimis Bullock menjelaskan dia melakukannya atas nama komedi yang ditampilkan dalam filem tersebut.
"Apabila melihat skrip terus buat saya berfikir, apa kata saya buat sedikit perubahan dengan berbogel untuk adegan itu.
"Kalau saya berbogel untuk membuat penonton ketawa, saya fikir tiada masalah," katanya yang membawakan watak Margaret Tate dalam filem berkenaan.
Nama Bullock sememangnya cukup sinonim dengan filem-filem tersebut sejak tahun 1995 apabila dia berlakon dalam filem While Were You Sleeping yang telah melonjakkan namanya.
Selain itu, Bullock juga baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem All About Steve dan buat masa ini dia sedang sibuk di lokasi penggambaran filem The Blind Side.



