[VIDEO] Ejek Rambut Botak Isteri Masa ‘Live’, Chris Rock Kena Tampar Dengan Will Smith

Aksi Smith menampar Rock pada siaran langsung Anugerah Akademi di Los Angeles, Amerika Syarikat mengejutkan penonton di Dolby Theatre dan seluruh dunia yang menyaksikan acara itu. - Foto AFP

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Will Smith lempang Chris Rock di pentas Anugerah Oscar

Pergeseran dua bintang Hollywood, Chris Rock dan Will Smith di pentas Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94 yang menyaksikan Smith melempang pelakon dan pelawak popular itu, mengejutkan penonton di Dolby Theatre, di sini dan seluruh dunia yang menyaksikan siaran langsung acara anugerah berprestij itu.

Picture
Ia berlaku ketika Rock yang menjadi penyampai bagi kategori Dokumentari Terbaik, membuat lawak yang kurang disenangi mengenai penampilan isteri Smith, iaitu Jada Pinkett Smith yang berimej botak dengan menyamakannya seperti watak G.I Jane lakonan Demi Moore.

Secara tiba-tiba, Smith yang juga calon Anugerah Akademi Ke-94, naik ke pentas lalu melempang Rock yang terkejut dan terpinga-pinga dengan aksi pelakon dan penerbit itu.

Sebaik menampar Rock, Smith kembali ke tempat duduk dan menjerit ke arah Rock meminta agar nama isterinya tidak disebut.



"Oooo! Wow! Will Smith bagi saya penampar," kata Rock selepas ditampar oleh Smith.



Menuju ke tempat duduknya, Smith dilihat berjalan sampai memberi amaran kepada Rock supaya tidak mempersenda isterinya.

Picture
Muka tahan malu

"Jangan nak sebut-sebut nama isteri aku," katanya.

Difahamkan, pada detik itu, kata-kata Smith 'dipadamkan' daripada siaran ulangan.

Namun, ciapan dari Jepun, misalnya, menyatakan penonton di negara matahari terbit itu boleh mendengar butiran yang dilaungkan Smith, lapor agensi.


Aksi Smith pantas menarik perhatian netizen yang melayangkan ciapan dan hantaran dalam media sosial mengenai tindakan mengejutkan pelakon dan pengarah itu dalam acara yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Diddy yang tampil untuk menyampaikan trofi bagi kategori seterusnya, meredakan suasana.


"Will dan Rock, kita akan selesaikan perkara ini seperti sebuah keluarga. Ketika ini, kita terus dalam kasih sayang... Semua orang marilah buat bising sekarang," katanya sambil disambut tepukan gemuruh penonton di dewan berkenaan.


Sebelum ini, Pinkett mengumumkan terpaksa mencukur rambut dan tampil botak berikutan mengalami masalah keguguran rambut. AGENSI

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.