Dek kerana itu, kunjungan Kajol buat pertama kalinya di Malaysia sempena pelancaran saluran baru Astro, Astro Box Office (ABO) BollyOne HD (saluran 251) semalam telah membuatkan semua orang jadi excited! Termasuklah selebriti Malaysia sendiri.
Awal Ashaari dan Lisa Surihani adalah antara manusia yang paling bertuah kerana dapat ber’selfie’ dengan Kajol. Bukan senang nak dapat peluang sebegini lebih-lebih bagi mereka yang membesar dengan menonton filem lakonan Kajol. Peluang sekali seumur hidup kot.
Menariknya Kajol berkata kepada Lisa Surihani ‘Kalau dikurniakan lagi anak perempuan, saya mahu namakan dia Lisa macam nama kamu‘. Ini bermakna Kajol mengiktiraf kecantikan wanita Malaysia.