Anak Jackie Chan dibebaskan


Pelakon yang ditahan bersama anak Jackie Chan dibebaskan

BEIJING: Pelakon Taiwan, Kai Ko, yang ditahan atas tuduhan dadah bersama anak lelaki bintang filem Hong Kong Jackie Chan dibebaskan selepas berada dalam tahanan selama dua minggu.

Kai Ko muncul pagi ini dari pusat tahanan Beijing disambut oleh sekumpulan wartawan dari tanah besar China, Hong Kong dan Taiwan. Apabila wartawan berkenaan mengekorinya ke hotel, Kai Ko mencabar salah seorang wartawan itu untuk berlawan dengannya sebelum masuk ke lif.

Ko, 23, yang nama sebenarnya ialah Ko Chen-tung, menjadi terkenal selepas filem 'You Are the Apple of My Eye' yang ditayang pada 2011.

Dia ditahan pada 14 Ogos lalu bersama Jaycee Chan, anak lelaki bintang hebat Hong Kong, Jackie Chan.

Polis berkata kedua-dua mereka didapati positif marijuana selepas menjalani ujian air kencing dan mengakui menggunakan dadah itu. Jaycee Chan masih ditahan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.