Pasangan paling popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt telah disahkan berkahwin secara rahsia di Perancis, pada hari Sabtu lalu, 23 Ogos 2014 setelah bersama sejak tahun 2005. Menurut sumber, perkahwinan ini disahkan oleh sumber terdekat kepada pasangan yang membawa fenomena ‘Brangelina’ ini.
Majlis perkahwinan secara sederhana ini telah dihadiri oleh keluarga dan kenalan yang rapat dengan mereka di sebuah gereja kecil yang juga dihadiri oleh seorang hakim dari California untuk mengesahkan perkahwinan ini, yang juga turut terlibat menguruskan majlis yang dibuat secara rahsia kepada pasangan ini.Kesemua anak-anak mereka turut terlibat menyaksikan kedua pasangan ini berkahwin. Menurut sumber, Angelina Jolie dikatakan, berjalan dan diiringi oleh anak angkatnya Maddox dan Pax. Sementara 2 anak perempuannya Zahara dan Vivienne menaburkan kelopak bunga serta Shiloh dan dan Knox ditugaskan membawa cincin perkahwinan ibubapa mereka.
Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta semenjak bergandingan di dalam filem Mr & Mrs Smith pada tahun 2005. Mereka telah mengambil 3 orang anak angkat children, Maddox, Pax, Zahara dan 3 orang anak kandung bernama Shiloh, Knox, dan Vivienne. Sepanjang perhubungan mereka telah banyak kontroversi dan gosip liar yang cuba menjatuhkan mereka.
Salah satu kisah pahit hubungan mereka apabila Angelina Jolie telah menjalani pembedahan membuang payudara membuang payudara selepas mendapati dia membawa gen yang hampir menyebabkan barah kepadanya pada tahun lalu.
Menurut Angelina, 38, dia membuat pilihan itu kerana memikirkan enam anaknya dan selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand, meninggal dunia terlalu muda akibat barah. Walaubagaimanapun, Brad Pitt setia di sisi kekasihnya itu hinggalah mereka berkahwin.