Majalah TIME nobat aktres Malaysia Michelle Yeoh Ikon 2022

Pemilihan itu adalah berdasarkan pencapaian Yeoh sepanjang 40 tahun kerjaya lakonannya.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



KUALA LUMPUR: Majalah terkemuka antarabangsa, TIME memilih anak kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Ikon 2022 pada edisi tahunannya, tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besar aktres itu kepada industri perfileman.

Picture
TIME mengumumkan anak kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Ikon Tahun 2022, tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman. - Foto Twitter TIME

Melalui hantaran dikongsi di Instagram (IG) majalah itu, TIME berkata, pemilihan itu adalah berdasarkan pencapaian Yeoh, 60, sepanjang 40 tahun kerjaya lakonannya, termasuk persembahannya dalam filem terbaharunya, Everything Everywhere All at Once.

TIME juga mengakui Yeoh sebagai figura yang mempunyai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong, sepanjang akhir 1980-an dan 1990-an melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri sendiri, sesuatu yang jarang dapat dilihat.

Awal tahun ini, Yeoh turut dinamakan dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh TIME 2022.


Selain itu, perkongsian itu turut menyebut penampilan sulung Yeoh dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti naskhah besar lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Namun, menurut TIME, filem box office Everything Everywhere All at Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan bintang itu dalam senarai pelakon nombor satu Hollywood.

Entri yang dimuat naik TIME di IG itu turut dikongsi Yeoh yang mengucapkan terima kasih kepada majalah itu dan mengakui dirinya diberkati atas pengiktirafan diberi.

SOURCE: AWANI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.