Oh tidak! Penyanyi terkenal Britney Spears secara tidak sengaja telah mendedahkan bahawa aktres Zoe Saldana yang pernah bergandingan dengannya dalam filem "Crossroads" bakal menimang anak kembar.
Dipetik dari Us Weekly, Spears telah terlepas cakap ketika ditanya jika mereka berdua mahu bekerjasama dalam filem akan datang dalam satu temubual bersama "Entertainment Tonight" baru-baru ini."Siapa tahu? Ia adalah satu idea yang bagus. Namun dia sedang hamil anak kembar sekarang. Jadi saya pasti dia sibuk pada masa akan datang," ujarnya.
Aktres "Guardians Of The Galaxy" ini tidak mendedahkan banyak maklumat mengenai kehamilannya, tetapi mengesahkan dia sedang mengandung ketika video cabaran ALS Ice Bucket bulan lepas.