Edison Chen buka butik Juice di Bangsar KL
0
3:24 AM
KACAK dan berpengaruh, bintang Hong Kong yang banyak merobohkan tembok hati gadis ini ternyata tidak lagi mampu membendung kenakalannya.
Pada saat dia berasa dirinya masih seorang raja, ‘tentera’ alam maya menyerang apabila tahun lalu aksi nakal seorang Edison Koon Hei Chen atau Edison Chen, 28 , menggauli lebih setengah dozen wanita dipertontonkan di seluruh dunia tanpa sedar.
Sebanyak 1,300 keping gambar dan video lucah Edison telah menggemparkan dunia.Pelakuan seks dengan beberapa wanita termasuk aktres terkenal Gillian Chung, Cecilia Cheung dan Rachel Nga menambahkan lagi predikat lelaki buaya darat bagi aktor yang cukup terkenal dengan lakonan dalam filem hebat seperti Internal Affairs, Initial D dan Trivial Matters ini.
Selepas ribut tersebut melanda, Edison digam, biar telah membuat permohonan maaf secara terbuka, banyak hati yang terguris. Aktres seperti Gillian dan Cecilia memikul malu yang luar biasa sehingga menyepi sebentar daripada dunia hiburan.
Sementara Edison pula terbang ke Amerika Syarikat sebelum bulan lalu dia bagai mendapat nyawa baru dengan muncul di khalayak ramai. Dia juga kembali dengan jenama pakaiannya, CLOT Inc. yang menyaksikan kolaborasi dengan Nike dan Bathing Ape.
Setelah diterima baik oleh Hong Kong, Edison meluangkan masa ke Malaysia untuk merasmikan Butik Juice Kuala Lumpur di Jalan Telawi 5, Bangsar. Butik itu adalah miliknya yang diusahakan bersama dua teman dari Hong Kong dan Malaysia.
Di sini, buat pertama kalinya dia bertemu media Malaysia.
Malangnya, Edison enggan bercakap tentang insiden lampau dan menggariskan soalan yang boleh diajukan hanyalah menjurus tentang pembukaan cawangan perdananya itu, yang turut menjual pelbagai jenis jenama termasuk Nike dan Adidas.
Disambut hangat oleh lebih 1,000 peminat setianya yang menanti di luar butik sejak pukul 10.00 pagi, Edison berkongsi cerita selama 20 minit dengan media tentang butik tersebut dan kehidupannya secara ringkas selepas insiden skandal seks itu.
Bagaimana kehidupan anda selepas insiden tersebut? Pernah rasa putus asa selepas apa yang menimpa?
Lepas insiden itu saya pernah rasa putus asa. Tapi saya tak boleh melepaskan kehidupan saya begitu sahaja. Atas sokongan semua orang termasuk teman-teman, saya tak mahu lagi bersedih dan meneruskan kehidupan saya seperti biasa. Bisnes ini adalah salah satu cabang perniagaan saya sekarang.
Kenapa memilih Malaysia untuk membuka Juice Kuala Lumpur?
Kebetulan saya bertemu dengan rakan niaga, Edwin Chong yang mahu berkongsi aspirasi dengan saya menjalankan perniagaan ini.
Saya memilih untuk membuka butik di Malaysia kerana saya percaya stail dan fesyen di sini mempunyai persamaan seperti fesyen di Hong Kong juga Taiwan.
Fesyen saya lebih kepada street fashion (fesyen jalanan) yang sesuai dengan pasaran Malaysia. Lagipun, di sini ramai masyarakat Cina dan saya percaya butik ini akan sukses.
Selain butik, apa yang anda lakukan sekarang?
Jujurnya sekarang saya lebih selesa bekerja di sebalik tabir. Saya kini mempunyai rumah produksi sendiri dan saya senang untuk berada di belakang pentas mengeluarkan produk-produk dunia hiburan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.