SANDRA Bullock merupakan antara pelakon yang berpegang kuat kepada prinsip untuk tidak berbogel di layar perak.

Malah, dengan prinsip yang dipegang itulah menjadikan Bullock antara aktres yang cukup diminati hingga kini meskipun usianya sudah mencecah 44 tahun.
Tetapi, akhirnya Bullock melanggar 'pantang larang' yang dipegang selama ini apabila buat pertama kalinya akan tampil berbogel untuk satu adegan dalam filem terbarunya, The Proposal.

Filem bergenre romantik komedi arahan Anne Fletcher dan menggandingkan Bullock bersama pelakon kacak, Ryan Reynolds itu akan menemui penonton Malaysia bulan depan.

Mengulas lanjut tentang adegan bogel tersebut, dengan penuh optimis Bullock menjelaskan dia melakukannya atas nama komedi yang ditampilkan dalam filem tersebut.

"Apabila melihat skrip terus buat saya berfikir, apa kata saya buat sedikit perubahan dengan berbogel untuk adegan itu.

"Kalau saya berbogel untuk membuat penonton ketawa, saya fikir tiada masalah," katanya yang membawakan watak Margaret Tate dalam filem berkenaan.

Nama Bullock sememangnya cukup sinonim dengan filem-filem tersebut sejak tahun 1995 apabila dia berlakon dalam filem While Were You Sleeping yang telah melonjakkan namanya.

Selain itu, Bullock juga baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem All About Steve dan buat masa ini dia sedang sibuk di lokasi penggambaran filem The Blind Side.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date