Jolie, Pitt derma AS$1 juta


Jolie, Pitt derma AS$1 juta

Pasangan selebriti, Angelina Jolie dan Brad Pitt mendermakan sebanyak AS$1 juta (RM3.6 juta) kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu rakyat Pakistan yang terpaksa berpindah berikutan pertempuran antara askar kerajaan dan militan Taliban, kata agensi itu semalam.

Jolie yang merupakan bintang popular 2008, menerusi filem Changeling dan Wanted, telah melawat Pakistan sebanyak tiga kali untuk melihat operasi bantuan PBB sejak menjadi 'duta muhibah' bagi Pesuruhjaya Tinggi bagi pelarian PBB pada 2001.

Agensi itu berkata, pihaknya bersyukur atas sumbangan daripada Jolie dan Pitt, sambil menambah kata bahawa lebih dua juta penduduk di Pakistan telah melarikan diri pada tahun ini disebabkan konflik di barat laut negara itu.

"Kebanyakan penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah mereka terpaksa tinggal di bangunan kerajaan atau saudara mara, tetapi 260 ribu daripada mereka ditempatkan di khemah-khemah yang dikendalikan oleh UNHCR," kata agensi tersebut.

Pasangan Hollywood itu, yang menyumbangkan sebanyak AS$1 juta melalui Yayasan Jolie-Pitt, telah menderma AS$2 juta (RM7.1 juta) pada September lalu bagi membantu kanak-kanak Habsyah yang dijangkiti penyakit berbahaya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.