Kajol kenang memori indah filem Kuch Kuch Hota Hai


Kajol Mahu Namakan Anak 'Lisa' Kerana Lisa Surihani

Bintang Bollywood, Kajol, 40, mengakui Kuch Kuch Hota Hai bukan hanya sebuah filem, sebaliknya memori peribadi paling manis bersama teman baiknya.

Katanya, filem pecah panggung yang sudah 16 tahun berlalu itu tidak pernah jemu ditonton berulang kali hingga kini.

"Kuch Kuch Hota Hai adalah kenangan rakan-rakan saya. Saya sangat menyukainya malah filem ini menjadi sebahagian hidup saya, " katanya selepas pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD, di sini, malam ini.

Pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham itu bagaimanapun muncul sendirian tanpa ditemani suami, Ajay Devgan.

Tampil anggun mengenakan sari rona hitam putih, beliau meluangkan masa sejam sekali gus menyempurnakan pelancaran saluran pertama filem terbaharu Bollywood dalam kualiti HD (definisi tinggi).

Dua tahun tiada buah tangan baharu selepas membuat kemunculan istimewa dalam filem Student of the Year pada 2012, ibu kepada dua anak itu bakal digandingkan semula dengan Datuk Shah Rukh Khan dalam filem arahan Rohit.


Kajol Mahu Namakan Anak 'Lisa' Kerana Lisa Surihani

Mendengar kata-kata Kajol itu, Lisa spontan memberikan reaksi teruja, "Yes!", jerit Lisa sambil tersenyum lebar.

"Saya rasa cukup berbesar hati dapat berbual dengan anda Kajol, pada malam ini. Boleh tak saya nak peluk anda?" tanya Lisa kepada aktres pujaannya itu.

Tidak mahu menghampakan Lisa, Kajol terus berdiri mendekati Lisa lalu memeluknya.

"Oh tidak...! Kajol peluk saya!", kata Lisa dengan nada penuh teruja.

Sementara itu, sepanjang lebih kurang lima minit perbualan bersama Lisa, Kajol meluahkan rasa gembiranya kerana tidak menyangka pertama kali beliau menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, beliau disambut oleh ramai peminat.

"Tak sangka ramai peminat yang tahu akan kedatang sayaa. Mereka menunggu saya. Bila nampak saya, mereka menghampiri saya dengan sangat baik dan tidak tolak-menolak. Saya dapat rasa kasih sayang mereka kepada saya. Saya sangat menghargainya. Terima kasih Malaysia dengan kasih sayang kalian untuk saya", tuturnya.



Kajol, 40, merupakan antara aktres Bollywood kegemaran ramai pencinta filem Hindustan seantero selepas kemunculannya menerusi filem 'Kuch-Kuch Hota Hai'. Sejak itu beliau juga sinonim dengan panggilan nama Anjali, iaitu nama watak dalam filem tersebut yang menampilkan lakonannya bersama Raja Bollywood, Shah Rukh Khan.

Bagi saya, 'Kuch Kuch Hota Hai' bukan saja sebuah filem tetapi ia juga adalah satu kenangan manis paling bermakna buat saya. Saya anggap filem itu sebagai 'kawan baik' saya. Banyak momen gembira dan penuh kasi sayang di dalam filem itu. Kuch Kuch Hota Hai sudah jadi sebahagian daripada saya", ujar isteri kepada pelakon Ajay Devgan ini lagi.

Dalam pada itu Kajol turut berkongsi pendapat mengenai industri Bollywood. Katanya, beliau sangat kagu dengan pencinta filem Hidustan keran meskipun dikalangan mereka tidak faham akan bahasa Hindustan tetapi mereka tetap suka menonton filem-filem Bollywood.

"Industri Bollywood adalah untuk semua orang. Walaupun ada antara sebilangan mereka tidak faham bahasa hindustan, tapi mereka tetap suka menonton filem-filem Bollywood. Ini kerana filem Bollywood sangat unik dan punya keistimewaan tersendiri. Ia penuh dengan warna-warni, penuh dengan cinta dan drama. Dengan jalan ceritanya saja, filem Bollywood juga mampu 'mengikat' penonton untuk menonton dalam tempoh beberapa jam lamanya.

"Jadi dengan adanya saluran baru ini, ia merupakan satu saluran khas untuk para pencinta Bollywood menonton pelbagai karya hindustan yang terkini dan terbaik", katanya.

Dalam perkembangan lain, Kajol bakal memulakan penggambaran filem terbarunya pada Oktober depan. Filem yang dijangka ditayangkan pada taun hadapan itu adalah arahan Rohit Shetty bersama Shah Rukh Khan.

Selain dia juga akan muncul menerusi sebuah lagi filem terbitan suaminya dengan membawakan watak isteri mafia.dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.

Sementara itu mengenai ABO BollyOne HD, ia bakal menemui penonton bermula 1 September sehingga 28 September 2014 dalam bentuk pra-tonton. Saluran itu akan menyangkan 4 hingga 5 filem terkini dalam sebulan serta keluaran filem-filem terbaharu setiap Khamis pada waktu perdana, jam 9 malam. Maklumat lanjut layari www.bollyonehd.com

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.