Review Melayu Filem Minggu Ini: Into The Storm

Filem Minggu Ini: Into The Storm

Filem ini sepatutnya diberi tajuk Twisters sahaja berdasarkan apa yang dipaparkan kepada para penonton dan secara jujurnya, Into The Storm seperti filem bikin semula gandingan 1996 Bill Paxton dan Helen Hunt — tetapi dengan lebih banyak puting beliung. Banyak.

Tidak ada yang salah tentang itu kerana banyak juga filem menarik selama ini yang kisahnya ada kaitan dengan cuaca buruk seperti Twister (seperti kami katakan tadi), The Day After Tomorrow, 2012, Take Shelter dan juga The Perfect Storm.


Hampir 20 tahun dahulu, Philip Seymour Hoffman memperkenalkan kepada kita semua akan satu budaya mengejar ribut (storm chasing) melalui filem Twister dan semenjak itu teknologi janaan grafik berkomputer (CGI) bertambah baik dan ya, cuaca global semakin buruk dan nampaknya filem Into The Storm hadir pada masa yang sesuai.



Diarahkan oleh Steven Quale (Final Destination 5) dan skrip ditulis oleh John Swetnam, filem ini sekali lagi menggunakan teknik atau lebih tepat gimik rakaman video yang dijumpai yang jujurnya telah ketinggalan zaman dan harus diberhentikan oleh semua.

Kisah dalam filem ini berlingkar sekitar dua kumpulan. Yang pertama adalah pengejar ribut atau storm chaser yang sedang menjalankan penggambara dokumentari berkaitan puting beliung dan mereka diketuai oleh Pete (Matt Walsh) & Allison (Sarah Wayne Callies) yang nampaknya sering tidak bersetuju dengan keputusan dan pandangan masing masing.



Satu lagi kumpulan termasuklah seorang bapa yang serius, Gary (Richard Armitage) & dua orang anak lelaki yang tidak kurang mengjengkelkan. Apabila satu ribut kuat berstatus F5 melanda, salah seorang dari anak lelaki ini terperangkap dalam bangunan yang runtuh dan sedang dipenuhi air — dan Gary, melawan dengan masa untuk menyelamatkan anaknya itu.

Pembikin filem ini sempat memasukkan kiasan yang tidak tepat atau sekadar acuh tak acuh akan ribut Katrina dan Sandy yang melanda Amerika Syarikat tidak berapa lama dahulu namun berjaya menyampaikan mesej sejagat tentang apa yang sudah manusia lakukan terhadap bumi kita.

Dialog yang disampaikan dalam filem ini sebenarnya boleh jadi bahan jenaka dan kami hilang kira akan berapa kali watak sepanjang filem ini menjerit We‘ve got to get out of here! — tetapi jika diabaikan perkara ini, melihat ribut dan puting beliung dalam filem ini sangat mengujakan.



Semakin lama ke dalam filem, semakin besar saiz ribut atau puting beliung yang muncul & semua mempunyai karakter yang sangat pelik dan mengerikan. Kalau anda mengambil keputusan untuk menonton Into The Storm hujung minggu ini, selaraskan jangkaan anda dan mungkin akan menerima kejutan yang tidak disangka. In a good way.

Kami berikan 4/5 bintang untuk Into The Storm. Masih boleh diperbaiki sebagai sebuah filem bencana dari segi arahan, lakonan dan juga jalan cerita.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.