Ariana Grande berlagak diva


Ariana Grande mula berlagak diva?

Penyanyi kecil molek Ariana Grande didakwa mula berlagak diva selepas dia dikatakan telah meninggalkan satu sesi penggambaran foto untuk sebuah majalah di Australia.

Dipetik daripada laporan media antarabangsa, khabar angin ini mula menjadi bualan ramai selepas Grande dikatakan memberi senarai soalan yang tidak boleh ditanya kepada pihak media.

Antara soalan tersebut adalah mengenai hubungan cintanya, perbandingan dengan Mariah Carey, kolaborasi bersama Justin Bieber, kematian datuknya baru-baru ini serta pengalamannya bekerjasama dengan Jennette McCurdy dalam siri Nicklodeon, "Sam & Cat".

Selain daripada itu, jurugambar juga tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan lampu semulajadi serta hanya boleh mengambil gambarnya daripada sisi sebelah kiri.

Laporan dari AAP turut mengatakan Grande telah meninggalkan set penggambaran foto pertama bersama akhbar mX selepas pelantun lagu "Problem" itu merungut pakaian yang diberikan tidak sesuai.

Malah pembantu Grande dikatakan telah meminta agar jurugambar yang bertugas pulang dan memadam semua gambar yang tidak elok.

Bagaimanapun Grande menafikan dakwaan tersebut dalam satu temubual bersama sebuah stesen radio Australia.

"Seorang jurugambar berang kerana saya telah menukar pakaian ketika penggambaran berlangsung kerana saya tidak sukakan pakaian yang dipilih. Selepas saya kembali, jurugambar itu telah pun pergi.

"Segala perkara yang diperkatakan oleh jurugambar itu tidak benar. Ianya sangat mengarut!" ujarnya.

Perangai diva Grande ini dikatakan benar lebih-lebih lagi pengacara E!, Giuliana Rancic mendedahkan dia pernah mempunyai pengalaman dengan penyanyi berusia 21 tahun itu.

"Saya masih ingat ketika di Anugerah Muzik Amerika, dia datang ke platform dan selalunya saya akan berdiri di sisi dekat dengan kamera.

"Namun tetiba dia seperti menyiku saya dan selepas itu, saya telah dipaksa ke sisi lain," ujar Rancic.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.