Sekitar Hari Pengebumian Rise Dari Kumpulan Ladies Code Penuh Kepiluan
Pengebumian Rise atau Kwon Ri Sae Ladies' Code dilakukan pada Selasa, 9 September yang lalu di Korea Selatan.
Pengebumian tersebut tidak hanya dihadiri oleh keluarga dan staf agensi, malah ahli ketiga kumpulan Ladies Code yang popular dengan lagu "I'm Fine Thank You" itu yang terselamat dari kecelakaan tersebut juga turut hadir.Sojung yang belum pulih sepenuhnya hadir memberikan penghormatan terakhir menggunakan kerusi roda. Selain itu, Zuny dan Ashley dilihat menyembunyikan wajahnya dengan topi hitam dan terus menangis.
Zuny dilihat masih menggunakan penyangga leher seperti waktu menghadiri pengebumian Eun Bi pada 5 September lalu. Suasana bertambah pilu apabila ibu Rise tak berhenti memanggil nama puterinya sepanjang pengebumian dan hanya terus menangis.
Jika Rise masih hidup, dia seharusnya berada di Hong Kong untuk menjalani jadualnya. Staf agensi juga mengusap air mata ketika memasukkan keranda Rise ke van jenazah.
Rise meninggal pada 7 September dalam usia 23 tahun setelah mengalami koma akibat kecederaan kepala yang serius. Penghormatan terakhir juga akan dilakukan di Universiti RS Anam yang dihadiri keluarga, staf agensi dan ramai lagi rakan artis lain.
Selepas upacara pembakaran jenazah Rise, abu jenazah Rise diterbangkan ke Jepun untuk penghormatan terakhir bagi keluarganya di sana sebelum dikembalikan ke Korea semula.
Penghormatan terakhir untuk Rise dihadiri oleh ramai artis termasuk selebriti senior seperti Super Junior, Donghae, Ryeowook, Leeteuk, Eunhyuk,Kyuhyun,Max Changmin TVXQ dan Minho SHINee serta Kwanghee ZE:A.
Selain itu para senior seperti Yoo Jae Seok, Kim Jae Dong, Defconn, Jung Hyung Don dan K.Will juga datang melawat.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date