David Beckham ke Malaysia!

David Beckham Turun Malaysia Untuk Promosi Jenama Wiski Baru

Sekitar Mac 2014 lalu, ramai peminat berharap mereka boleh melihat kelibat David Beckham di anugerah sukan dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur ketika itu namun harapan tinggal hanya harapan. Tetapi, ini satu berita baik untuk anda peminat susuk popular dunia sukan ini.

Bersempena dengan pelancaran jenama wiski baru Haig Club™ yang dikeluarkan oleh pengeluar minuman beralkohol ternama dunia Diageo, David Beckham akan hadir memeriahkan majlis bersama ikon fesyen Malaysia, Datuk Jimmy Choo.

Haig Club™ merupakan idea kerjasama antara Diageo, David Beckham ahli perniagaan terkemuka Britain Simon Fuller. Majlis pelancaran jenama baru itu akan berlangsung pada 12 November 2014 yang kami pasti tidak akan dibuka kepaa umum.

Mungkin anda boleh intip, mana tahu David Beckham pergi bersiar siar di Wangsa Walk.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.