Skrip 'Squid Game' Siap 10 Tahun lalu, Ditolak Kerana ‘Terlalu Mengarut’

Picture
Skrip tersebut ditolak oleh beberapa produksi yang rata-ratanya menyifatkan cerita itu tidak realistik dan mengarut.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Naskhah dari negara Korea Selatan terus mengungguli platfrom penstriman terkenal dunia, Netflix. Sebuah drama thriller berjudul 'Squid Game' mencipta satu lagi fenomena sehingga menjadi tontonan paling sohor kini di 13 negara termasuk Malaysia, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat.


Meskipun ia sudah ditayangkan pertengahan bulan lalu, demam drama tersebut masih belum kebah.

Di sebalik kejayaan drama Squid Game itu, pengarahnya iaitu Hwang Dong Hyuk berkongsi sebuah fakta yang mengejutkan iaitu skrip drama berkenaan sebenarnya sudah siap lebih 10 tahun lalu.


Skrip tersebut ditolak oleh beberapa produksi yang rata-ratanya menyifatkan cerita itu tidak realistik dan mengarut. 'Squid Game' pada ketika itu juga tidak berjaya mendapatkan kepercayaan para pelabur tempatan kerana dianggap ganas dan sangat sensasi.


Dong-hyuk menulis naskah itu semasa dia tinggal bersama ibu dan neneknya. Skrip itu kemudian ditangguhkan kerana dia harus menjual komputer riba miliknya kerana memerlukan wang.


Namun, rezeki tidak pernah salah alamat. Dua tahun lalu, pihak Netflix memutuskan untuk menerima skrip tersebut dan dipecahkan kepada drama sembilan episod.

“Saya biasa mengarah filem berdurasi 2 jam. Jadi, sangat mencabar untuk menghasilkan karya berdurasi lapan jam.


“Dunia sudah berubah. Pada waktu ini, cerita seperti 'Squid Game' kedengaran lebih realistik berbanding 10 tahun lalu,” katanya.

Drama ini sudah diterjemah kepada 31 bahasa. Trailer untuk drama ini juga telah melepasi jumlah tontonan 'Lupin' dan 'Bridgerton' iaitu 18 juta tontonan.


'Squid Game' lakonan Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Goo Yoo itu menceritakan bagaimana para kapitalis mengadakan sebuah pertandingan yang pesertanya terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah kewangan serius.

Para peserta perlu memenangi permainan kanak-kanak yang diadakan dalam 'Squid Game'. Jika kalah, peserta akan berdepan dengan kematian. Sekiranya menang, peserta layak membawa pulang wang berjumlah 45.6 bilion won bersamaan RM161 juta. - Getaran, 6 Oktober 2021


Gambar: Yahoo News

SOURCE: Getaran.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.