Filem Kontroversi"The Interview" tidak ditayangkan selepas diancam Korea Utara


Filem Kontroversi"The Interview" tidak ditayangkan selepas diancam Korea Utara

Baru-baru ini syarikat terbitan terkemuka Sony Pictures telah membuat pengumuman mengenai filem terbaru "The Interview" yang akan dibatalkan tayangannya.


Memetik laporan daripada Deadline, filem yang sepatutnya ditayangkan di Amerika Utara pada 25 Disember ini tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam seluruh negara.

Filem ini menerima ancaman hebat dan diberi amaran bahawa akan berlaku lagi insiden tragedi 11 September jika ditayangkan di pawagam.

Berikutan ancaman tersebut, lima syarikat pawagam terbesar di Amerika menarik diri dan tidak akan menayangkan filem tersebut.

Berhubung dengan isu tersebut, Sony membatalkan filem itu untuk ditayangkan serta-merta,dan mengeluarkan kenyataan, "Kami menghormati dan memahami keputusan mereka dan pastinya ia demi untuk menjaga keselamatan pekerja dan semua yang telibat."

Sony juga mendedahkan tidak ada perancangan mengenai tayangan filem ini untuk masa akan datang, walaupun pada awalnya pihaknya sudah berbincang untuk mengeluarkan video tetapi akhirnya filem ini tidak akan dikeluarkan dalam apa jua medium.

Menurut TIME, Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa ancaman kepada Sony itu berkait rapat dengan Korea Utara.

Perkara tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan kerana filem yang mengisahkan wartawan hiburan ini menyelitkan babak dimana dia menemu ramah Ketua Korea Utara, Kim Jong-Un tetapi sebenarnya merupakan agen C.I.A yang ditugaskan untuk membunuh ketua tertinggi negara tersebut.

Korea Utara juga sebelum ini pernah menyuarakan kemarahan mengenai filem ini dan membuat ancaman perang jika ditayangkan.

Mengenai kebocoran filem-filem Sony tetapi bukanlah filem "The Interview" di laman cetak rompak ,masih dalam siasatan dan negara Asia antara yang disyaki.

Perkembangan lain dalam industri filem, syarikat penerbitan New Regency membatalkan perancangan untuk menerbitkan filem arahan Steve Carell's "Pyongyang" yang akan dijalankan di Korea Utara.

Walaupun kolaborasi ini tidak membuahkan hasil, namun Franco dan Rogen masih lagi dapat bergandingan dalam filem animasi berbentuk 3D "The Sausage Party" yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2016 nanti.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.