Ratu Cantik Afrika Selatan dinobat sebagai Ratu World 2014


Miss Afrika Selatan dinobat sebagai Ratu Cantik Dunia 2014

Miss Afrika Selatan Rolene Strauss telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila telah dinobat sebagai Ratu Cantik Dunia 2014 yang telah berlangsung di London, semalam.

Dipetik AFP, gadis berusia 22 tahun ini telah dikalungkan selempang dan mahkota oleh pemenang Ratu Cantik Dunia 2013, Megan Young dari Filipina.


Manakala naib juara pula telah dimenangi oleh Miss Hungary, Edina Kulcsar dan tempat ketiga dimenangi oleh Miss Amerika Syarikat, Elizabeth Safrit.

Dalam pada itu, TheMalaysianInsider melaporkan buat kali pertamnya Miss Malaysia yang diwakili Dewi Liana Seriestha telah memenangi Pertandingan Bakat menerusi nyanyian.


Selain itu, acara itu turut menyaksikan bintang Bollywood yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Dunia 1994 terkenal Aishwarya Rai telah menerima anugerah khas.





[Sumber foto: dailymailuk]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.