Bila Jennifer Aniston puas hati berlakon tanpa solekan


Jennifer Aniston puas hati berlakon tanpa solekan

Aktres Hollywood Jennifer Aniston adalah antara wanita yang tercantik dalam industri hiburan antarabangsa. Walaupun usia sudah mencecah 45 tahun, wajahnya tidak begitu dimamah usia dan masih kelihatan jelita.


Bergelar seorang selebriti bermakna wajah anda akan sentiasa dipakaikan alat solek. Walaubagaimanapun peluang berlakon dan tampil tanpa solekan membuatkan Aniston berasa puas hati dan bebas.

Aniston telah membintangi sebuah filem indie "Cake" baru-baru ini dan sempat berbicara mengenai pengalamannya ketika berlakon dalam filem tersebut.

"Ianya adalah sebuah projek kecil. Apabila saya membaca skrip filem tersebut, saya bersedia untuk 'lenyap'," ujarnya seperti dipetik daripada laporan People.

Dalam "Cake", Aniston membawa watak Claire Simmons iaitu seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mempunyai kecederaan pada badannya.

"Secara jujur, saya berasa sangat yakin, berkuasa dan bebas tanpa solekan. Ianya berbeza dan sangat unik. Saya hanya perlu duduk untuk solekan untuk kecederaan," katanya lagi.

"Cake" telah mendapat respon positif daripada penonton apabila ia ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September lalu.


[Sumber Foto: Fan Pop & Celeb Mafia]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.