Aktres Hollywood Jennifer Lawrence terkenal dengan caranya yang kelakar dan bersahaja serta penampilannya yang jelita di karpet merah atau sebarang acara.
Lawrence, 24, bukanlah seorang yang terlalu mementingkan diet dan inginkan bentuk badan kurus, namun dia mengamalkan pengambilan makanan anti kembung seperti ayam belanda dan asparagus.
"Saya suka dengan penampilan saya kini dan berasa sengsara apabila perlu berdiet. Saya rimas melihat aktres yang terlalu mementingkan bentuk badan yang kurus. Saya tidak kisah tampil tembam sedikit dalam kamera dan kelihatan seperti manusia," ujarnya seperti dipetik daripada laman sesawang Be Youthful.
Selain daripada itu, Lawrence adalah seorang penggemar teh kamomil dan dandelion. Teh kamomil mempunyai kelebihan dalam menenangkannya serta menghilangkan tekanan lebih-lebih lagi dengan jadual kariernya yang padat.
Manakala dandelion pula membantu pembentukan bentuk badan kerana ia menghalang retensi air serta bertindak sebagai detoks yang baik.
Selain pengambilan makanan anti kembung, Lawrence juga mengamalkan yoga dan pilate kerana ia membantunya mendapatkan postur badan yang baik serta kekal sihat.
"Saya benci mengatakan 'saya suka bersenam'. Namun ianya baik untuk mempunyai badan yang sihat dan mantap untuk filem kerana mereka memberikan apa yang anda mahukan seperti jurulatih peribadi dan sebagainya," tambahnya.