Keira Knightley dedah hamil cahaya mata sulung

Keira Knightley dedah hamil cahaya mata sulung

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Keira Knightley sah hamil cahaya mata sulung

Aktres Keira Knightley dan suaminya, James Righton yang merupakan vokalis dan pemain keyboard kumpulan Klaxons bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Dipetik daripada laporan Telegraph, berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh jurucakap Knightley yang turut memberitahu pasangan ini tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi selepas ini.

Walaupun tarikh jangkaan bersalin tidak diumumkan, tetapi spekulasi menjangkakan mereka bakal menyambut bayi mereka pada musim bunga 2015.

Knightley, 29, dan Righton, 31, telah berkahwin dalam satu upacara intim di Selatan Perancis pada Mei 2013 selepas menjalinkan hubungan cinta sejak Februari 2011.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.