Madonna pertahan gambar anaknya Rocco pegang botol arak
Madonna pertahan gambar anak pegang botol arak Rocco bersama Madonna.
Madonna nampaknya tidak senang duduk selepas anak lelakinya, Rocco, yang baru berusia 13 tahun berkongsi gambar dirinya bersuka ria bersama dua rakan baik, sambil memegang botol arak.Gambar bersama botol vodka dan gin itu dimuat turun menerusi laman Instagram remaja terbabit ketika penyanyi berkenaan bersama seisi keluarga bercuti di Gstaad, Switzerland.
Rocco bersama Madonna.
Di negara itu, usia yang dibolehkan mengambil minuman keras adalah melebihi 16 tahun.
Berikutan gambar berkenaan, Madonna membuat kenyataan menerusi laman peribadinya pula bagi memperjelas keadaan sebenar.
Nafi dakwaan peminat
“Tiada seorang pun minum, kami hanya berseronok! Bertenang semua dan jangan terlampau serius! Jangan mulakan tahun baharu dengan tanggapan buruk,” katanya yang menafikan segala dakwaan peminat.
Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama Abbiesturm menunjukkan rasa kecewa dan memberi maklum balas kepada gambar Rocco mengenai pengalamannya berdepan penagih alkohol.
“Kerjaya saya berkait rapat dengan masalah penagihan. Saya melihat tragedi setiap hari. Saya cukup tersentak,” katanya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.