Kim Kardashian & Kanye West Mahu Kahwin Bak Raja dan Ratu

Difahamkan perkahwinan pasangan itu bakal berlangsung di Paris, Perancis dalam masa terdekat ini.
Kim Kardashian & Kanye West Mahu Kahwin Bak Raja dan Ratu

NAMPAKNYA, fikiran Kanye West tidak pernah berhenti memikirkan idea-idea baharu untuk majlis hari perkahwinannya nanti dengan Kim Kardashian.

Menurut laporan Dailymail, Kanye merancang mahu berkahwin seperti perkahwinan diraja malah penyanyi rap itu berkata, kedua-dua mereka sememangnya layak untuk merasai perkahwinan mewah seperti itu.

"Pada majlis perkahwinan mereka, Kim ingin memakai mahkota besar seperti seorang ratu yang sesuai dipadankan dengan gaun yang akan dikenakan nanti.

Difahamkan perkahwinan pasangan itu bakal berlangsung di Paris, Perancis dalam masa terdekat ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.