#MH370: ZHANG ZIYI GESA WARGA CHINA BOIKOT MALAYSIA?#BOYCOTTZHANGZIYI
#MH370: ZHANG ZIYI GESA WARGA CHINA BOIKOT MALAYSIA?#BOYCOTTZHANGZIYI
Selebriti kenit China, Zhang Ziyi mengesa warga China memboikot segala barangan mahupun perkhidmatan dari Malaysia kerana berang dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang didakwanya sibuk berpolitik dari mencari pesawat MH370.
"Kerajaan Malaysia, anda menyakiti dunia! Kami mencari pesawat tetapi anda mengutamakan masa (demi politik)."Kerajaan Malaysia, anda salah kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan dan juga tidak menghormati usaha seluruh dunia termasuk usaha China untuk mencari kebenaran," tulisnya di laman Weibo yang seperti Twitter/Facebook.
Gesaan dari selebriti itu muncul selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Dalam sidang media MH370 semalam di PWTC, Datuk Seri Hishamuddin menjawab soalan media mengenai tindakan keluarga mangsa dari China yang menyalahkan Kerajaan Malaysia termasuklah mengelarkan Kerajaan Malaysia sebagai pembunuh.
"Saya seorang ayah, saya ada keluarga, saya faham apa dirasakan keluarga mangsa kerana rakyat kami juga ramai dlm pesawat, bukan keluarga mereka sahaja, rakyat negara luar pun ramai, tapi saya dapat lihat bagaimana keluarga lain seperti Australia yg begitu tabah kerana mereka sedar ini masalah global yg tak dijangka atau diminta, Malaysia berusaha buat yg terbaik,"
Tindakan sesetengah pihak di China terutamanya selebriti-selebriti China yang menghasut warga China menentang dan menunding Kerajaan Malaysia dilihat sebagai satu tindakan yang 'kurang cerdik'.
Ini kerana, kebanyakan dari mereka hanya tahu duduk di depan komputer, buka laman media antarabangsa, baca teori dan spekulasi yang mengarut dan terus mempercayainya.
Golongan seperti selebriti China yang kurang cerdik ini tidak menjadi anggota SAR yang terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari pesawat. Mereka juga tidak bekerja sebagai media yang terpaksa berkampung dalam keadaan tertekan berhari-hari untuk menyampaikan maklumat terbaik. Mereka tidak pernah hidup sebagai anggota TUDM yang hidup di tengah-tengah laut. Mereka boleh baring selesa dan terus mengkritik.
p/s: Zhang Ziyi pernah berlakon dengan Michelle Yeoh dalam filem Geisha, berani ke dia boikot Michelle Yeoh sekali?
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.