Peminat luah kekecewaan terhadap klip video MV Terbaru Psy feat Snoop Dogg. Hangover

Peminat luah kekecewaan terhadap klip video MV Terbaru Psy feat Snoop Dogg. Hangover

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Peminat luah kekecewaan terhadap klip video MV Terbaru Psy feat Snoop Dogg. Hangover

Dari awal hingga habis lagu dimainkan, lirik lagu single terbaru Psy berjudul Hangover yang turut menampilkan Snoop Dogg hanya bercerita mengenai minuman beralkohol dan mabuk sahaja.

Tapi apa yang pasti, muzik videonya masih mengekalkan lawak gila-gila Psy sama seperti di dalam MV Gangnam Style dan Gentleman sebelum ini.


Lebih istimewa, MV Hangover tidak hanya diserikan dengan penampilan Snoop Dogg selaku teman duet a.k.a rapper, tetapi turut menampilkan bintang K-POP iaitu G-Dragon dan CL dari kumpulan 2NE1 yang turut muncul sebagai cameo.


Pada minit-minit terawal MV ini peminat terus ditayangkan dengan adegan Psy muntah sambil Snoop Dogg tiba-tiba terjaga dari tidur dalam tab mandi sambil menari.

Tak cukup dengan itu, terdapat juga babak Psy berenang-renang penuh gembira di dalam air pancut dan menayangkan hampir sebahagian badannya yang tidak berbaju.

Okay cukup dengan teaser adegan di dalam MV Hangover, anda boleh saksikan video keseluruhan di bawah ini nanti. Tapi apa yang menjadi isu adalah ramai tak berpuas hati dengan single terbaru ini. Kenapa?

Selain kecewa dengan lagu ini, ada juga yang berpendapat Snoop Dogg boleh lakukan lebih baik daripada apa yang dipaparkan dalam MV tersebut dan ada juga menyatakan ini bukan gaya PSY yang sebenar.

Apapun, berkemungkinan besar MV ini akan menjadi viral seperti video-video Psy yang lain kerana setakat ini setelah sehari di muat naik di laman youtube telah ditonton oleh lebih 3 juta orang.. Anda rasa bagaimana? Mungkin bagi yang gemar berparti, ini adalah hiburan terbaru buat mereka. Namun dalam single kali ini tiada gaya terbaru tarian dicipta oleh PSY.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.