Filem seram ini bakal menghantui anda sepanjang September!


Filem seram ini bakal menghantui anda sepanjang September!

Anda sudah jemu dengan lambakan filem aksi dan romantik yang memenuhi senarai tayangan filem di pawagam yang berdekatan?

Inginkan sesuatu yang misteri, mendebarkan dan menyeramkan?

Apa kata anda ajak pasangan, keluarga mahupun sahabat handai menonton filem-filem seram yang kami senaraikan di bawah ini!

Pilihan waktu tayangan di tengah malam pastinya lebih hebat perasaannya di kala menikmati filem-filem seram berikut:

The Parallel (11 Sep)



Negara Thai sememangnya terkenal dengan filem-filem seram dan jarang menghampakan penonton dengan kisah yang meremangkan bulu roma. Jadi tidak salah untuk anda memilih filem arahan Pon Waranyu ini yang mengisahkan tentang seorang wanita yang dibunuh dengan kejam sekali.

Lebih dahsyat lagi, aksi pembunuhan tersebut telah dilakukan oleh seorang perompak di hadapan anak perempuan wanita tersebut.

Namun, rohnya yang tidak tenteram telah kembali ke dalam rumah tersebut bertujuan demi melindungi anak perempuan kesayangan dan sekaligus ingin membalas dendam terhadap perompak jahat terbabit. Filem seram ini dibintangi oleh Wanisa Nuchanon dan Paula Taylor sebagai teraju utama.

The Swimmers (18 Sep)



Sekali lagi filem dari Thailand bakal menghantui anda di pawagam dengan "The Swimmers" yang bakal ditayangkan pada 18 September nanti.

Filem yang dilakonkan oleh Supassara Thanachart, Juthawut Pattarakhumphol dan Thanapob Leeratanakajorn sebagai bintang utama ini memaparkan kisah dua orang jaguh sukan renang yang telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang sama namun disebalik kisah cinta tiga seni terselit satu misteri yang telah berlaku kepada mereka bertiga.

Apa agaknya yang telah berlaku? Jangan lupa untuk melihat kesudahan filem ini!

Nasi Tangas (18 Sep)


Bagi mereka yang inginkan filem seram karya tempatan, bolehlah menonton filem "Nasi Tangas" yang diarahkan oleh Hashim Rejab ini yang mengisahkan tentang kepercayaan syirik iaitu 'nasi kangkang'.

Filem yang membariskan pelakon seperti Adiba Yunuz, Azwan Kombos, Shima Anuar dan Along Eyzendy ini mengisahkan tentang Mira yang sering berasa cemburu terhadap persahabatan suaminya Hairi dan Fatin.

Tidak mempedulikan halal dan haram, Mira sanggup menggunakan 'nasi kangkang' terhadap suaminya demi mendapat perhatian dan selain itu dirinya juga sanggup bermalam dengan seorang bomoh demi mencapai cita-citanya itu.

The Purge: Anarchy (18 Sep)



Jangan gusar jika anda inginkan elemen aksi dalam filem seram, karya yang dibintangi Frank Grillo, Michael Kenneth Williams, Kiele Sanchez dan ramai lagi ini bakal menampilkan kisah acara tahunan yang kerap diadakan di sebuah bandar saban tahun di mana semua aktiviti jenayah dibenarkan dalam masa selama 12 jam sahaja.

Seorang lelaki mengambil keputusan untuk membalas dendam demi kematian anaknya yang telah dibunuh. Keadaan bertambuh runcing apabila dia terpaksa membantu seorang ibu dan anak perempuannya yang telah diculik serta pasangan suami isteri yang sedang terkandas di jalan raya.

Adakah dia dapat melunaskan misi membalas dendamnya itu? Sama-sama kita saksikan di pawagam menjelang 18 September nanti!

Dark House (25 Sep)



Penghujung September masih lagi memberi pilihan filem berunsur seram di pawagam. Filem arahan vistor Salva ini mengisahkan Nick Di Santo yang mengetahui bagaimana seseorang itu meninggal dunia dengan hanya menyentuh individu terbabit.

Selepas itu dirinya mendapati ayah kandungnya yang disangka telah meninggal dunia rupanya masih hidup dan ingin mencari ayahnya itu dengan mengembara ke satu tempat.

Namun sepanjang perjalanan ke sana dia bersama dua orang rakannya telah terperangkap dalam satu perjalanan yang mendebarkan dan menyeramkan. Ikuti kesudahan filem ini tidak lama lagi!
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.