Bapa Aktres Terkenal Hollywood Nicole Kidman meninggal dunia di Singapura

Bapa Nicole Kidman meninggal dunia di Singapura

Bapa kepada aktres terkenal Nicole Kidman, Dr. Antony Kidman telah meninggal dunia dalam satu kejadian tragik di Singapura.

Dipetik daripada laporan People, Kidman dikatakan telah terjatuh dan berita ini disahkan oleh jurucakap kepada aktres dan universiti doktor tersebut kepada sebuah penerbitan Australia.

Difahamkan Kidman berada di Singapura untuk menziarahi adik Nicole iaitu Antonia yang menetap di sana bersama enam orang anaknya.

Walaubagaimanapun isteri Kidman, Dr. Janelle dilaporkan tidak berada di Singapura ketika kejadian tersebut berlaku dan Nicole yang berada di Amerika Syarikat telah diberitahu tentang kematian bapanya.

Laporan Reuters mengatakan, pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut sebagai 'kematian bukan semulajadi' selepas diberitahu seorang lelaki berusia sekitar 80-an telah meninggal dunia di hospital.

Kebiasaannya 'kematian bukan semulajadi' di Singapura seringkali dirujuk sebagai jatuh atau kemalangan lain.

Kidman telah bersama Universiti Teknologi Sydney selama 43 tahun sebagai seorang pakar psikologi klinikal dan telah banyak memberi sumbangan kepada kepada universiti tersebut.

Selepas dilahirkan di Hawaii pada tahun 1967, Nicole dan keluarga telah berpindah ke Sydney sekitar tahun 1970-an.

Nicole yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Oscar pada tahun 2003 pernah membintangi filem-filem seperti "Moulin Rouge", "Cold Mountain" dan "The Hours".

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.