Filem '7500' Vista Pacific Flight, Antara Kebetulan Atau Imaginasi?
Sejak kebelakangan ini, heboh di media sosial dengan kemunculan filem 7500 yang membuatkan penonton mengenang kembali insiden kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu.
Sehingga ada yang menganggap filem 7500 ini mengambarkan keadaan sebenarnya yang berlaku pada pesawat MAS MH370.
Latar Belakang 7500
Filem 7500 adalah filem supernatural Amerika yang diarahkan oleh Takashi Shimizu. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada Ogos 2012, tetapi telah ditunda beberapa kali sehinggalah 11 June 2014 yang buat pertama kalinya ditayangkan di Filipina.
Filem yang berdurasi 97 minit ini dikategorikan sebagai filem Horror, Mystery & Thriller
Review 80% Filem 7500
Kapten pesawat 7500, Captain Haining mempunyai skandal dengan salah seorang pramugari, Laura Baxter. Dalam penerbangan ke Tokyo dari Los Angeles itu, Laura dikatakan akan menghabiskan masa bersama dengan Haining selama 3 hari tanpa pengetahuan si isteri.
Sepanjang penerbangan, tiada apa-apa yang pelik berlaku. Namun secara tiba-tiba pesawat terbang rendah dari paras standard menyebabkan keadaan dalam pesawat bergolak. Keadaan itu menyebabkan beberapa orang penumpang terjatuh dan cedera dihempap bagasi yang terkeluar dari ruangan penyimpanan.
Bagaimanapun, Captain Haining berjaya mengawal keadaan dan semuanya kembali tenang. Tetapi, kejadian itu menyebabkan salah seorang penumpang lelaki mengalami sesak nafas akibat panik & trauma. Beberapa orang pramugari dan seorang penumpang yang bekerja sebagai paramedik cuba membantu mangsa. Tetapi tidak berjaya, mangsa mati akibat sesak nafas.
Tidak beberapa lama setelah kejadian itu, penumpang dan anak kapal sekali lagi dikejutkan dengan keadaan pesawat yang mengalami tekanan udara yang tinggi berikutan pesawat 7500 terbang terlalu tinggi dari ketinggian asal. Keadaan itu menyebabkan ramai penumpang dan anak kapal mengalami kesesakan nafas sehingga ada yang tidak sedarkan diri.
Beberapa penumpang yang masih sedar cuba bernafas menggunakan alat bantuan penafasan dan membantu orang terdekat. Di bahagian kokpit pula, Captain Haining cuba menurunkan ketinggian pesawat seorang diri. Pembantunya sudah pengsan terlebih dahulu menyebabkan segala usaha menyelamatkan pesawat itu terletak dibahunya.
Sekali lagi, Captain Haining berjaya mengawal pesawat 7500. Beliau cuba melaporkan perkara itu kepada Pusat Kawalan Trafik Udara, tetapi gagal. Hanya suara samar-samar sahaja kedengaran. Menganggap perkara itu sebagai perkara biasa, Captain Haining meneruskan penerbangan pesawat 7500 ke Tokyo tanpa sebarang prasangka negatif.
Tidak beberapa selepas kejadian kedua itu, pramugari Laura ternampak cahaya berwarna hijau milik pesawat pejuang F16 berhampiran pesawat mereka. Hairan dengan kehadiran cahaya itu, Laura lantas memaklumkan perkara itu kepada Captain Haining. Namun, Captain Haining menafikan perkara itu.
Beberapa penumpang cuba menyiasat kejadian pelik yang berlaku dalam pesawat 7500, (yang ini anda kena tonton sendiri filem ini). Namun, hasil penemuan mereka mendapati kesemua penumpang 7500 sudah tidak bernyawa. Apa yang lebih mengejutkan, mereka dapat melihat jasad mereka sendiri yang terbujur kaku tanpa nyawa ditempat duduk masing-masing.
Semua Penumpang Telah Tiada
BERITA: kerajaan mengumumkan pesawat 7500 yang dalam penerbangan dari Los Angeles ke Tokyo telah hilang dari radar. Sebelum itu, pesawat pejuang F16 juga telah cuba memintas pesawat 7500 untuk melihat keadaan sebenarnya yang berlaku.
Menurut juruterbang F16, kesemua penumpang dan anak kapal dilihat tidak sedarkan diri. Pesawat 7500 pula diterbangkan dalam mode Auto Pilot. Pesawat 7500 dikatakan terus terbang selama 5 jam terakhir sehingga kehabisan minyak dan terhempas di suatu tempat yang tidak diketahui.
Kesimpulan
Filem 7500 ini hanyalah cerita imaginasi penulisan Craig Rosenberg. Tiada kaitan dengan insiden kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
Dalam filem ini juga diselitkan unsur-unsur paranormal yang membuatkan penonton berasa sedikit seram. Anda dinasihatkan tidak menonton filem ini tanpa bimbingan orang dewasa. - My Media Hub
Nota Kaki: Al-Fatihah buat penumpang & anak kapal MH370.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date