Rise anggota Ladies Code meninggal dunia selepas kematian EunB

Rise anggota Ladies Code meninggal dunia

Rise yang merupakan ahli kumpulan Ladies Code telah dilaporkan meninggal dunia pada Ahad lalu selepas mengalami kemalangan ngeri baru-baru ini dan dimasukkan ke hospital pada empat hari selepas kejadian tersebut.

Menurut laporan yang dipetik dari Soompi, gadis berusia 23 tahun ini gagal bertahan dan memberi respon positif terhadap rawatan yang diterima sebelum disahkan meninggal dunia pada 10.10 pagi waktu Korea Selatan.

Terdahulu, dunia hiburan di negara tersebut telah dikejutkan dengan berita kematian EunB daripada kumpulan yang sama selepas van yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan pada 3 September yang lalu.

"Kami kehilangan dua anggota Ladies Code dan ia masa yang sukar buat kami," ujar pengurus kumpulan terbabit.

Lokasi pengebumian masih tidak dapat disahkan lagi buat masa ini dan semoga keluarga dan kenalan mendiang dapat menerima berita ini dengan tabah dan sabar.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.