Dipetik daripada laporan Mirror, William berkata demikian ketika lawatan ke Universiti Oxford untuk pelancaran Pusat China pada Isnin.
Kate, 32, sepatutnya menghadiri acara tersebut bersama William, namun terpaksa membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir kerana mengalami hyperemesis gravidarum, iaitu keadaan yang sama dialaminya ketika mengandungkan Putera George sehingga menyebabkannya dimasukkan ke hospital pada tahun 2012.William memberitahu pihak media, Kate berada dalam keadaan sihat, cuma adakalanya tahap kesihatannya tidak menentu.
"Kami berharap dia akan pulih seperti sedia kala dan berasa sihat sepenuhnya. Walau apa pun, kami teruja dengan berita ini," ujarnya.
William dan Kate menyambut kelahiran George Alexander Louis pada 22 Julai 2013. |
Berita gembira ini turut diumumkan oleh Istana Kensington di laman sosial Twitter.
Menurut sumber, usia kandungan Kate masih awal iaitu kurang daripada 12 minggu dan dia mungkin tidak akan dapat menghadiri acara rasmi sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu.
Cahaya mata kedua pasangan ini dijangka dilahirkan pada April 2015.
William dan Kate menyambut kelahiran George Alexander Louis pada 22 Julai 2013.