Jay Z umum kehamilan kedua Isterinya Beyonce

Jay Z umum kehamilan kedua Beyonce?

Pergolakan rumah tangga mereka hangat diperkatakan semenjak video pergaduhan dalam lif antara penyanyi rap Jay Z dan adik iparnya, Solange Knowles tersebar beberapa bulan lalu.

R amai yang membuat andaian bahawa Jay Z dan isteri tercinta, Beyonce Knowles bakal bercerai selepas siri jelajah On The Run mereka selesai pada awal September.

Namun ketika konsert di Paris, Jay Z telah menukar lirik lagu hit "Beach Is Better" daripada "I replace it with another one" kepada "pregnant with another one".

Penukaran lirik itu telah menyebabkan timbul spekulasi bahawa Beyonce sedang hamil anak kedua selepas menyambut kelahiran Blue Ivy pada tahun 2012.

Berita kehamilan ini belum disahkan lebih-lebih lagi apabila beberapa keping foto menyaksikan Beyonce minum minuman beralkohol selepas konsert terakhir turut dimuatnaik di laman Instagram.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.