Pelantun lagu "Rolling In The Deep", Adele menafikan laporan tabloid Britain yang mengatakan dia dan teman lelakinya, Simon Konecki telah pun mengakhiri hubungan cinta mereka.
Memetik laporan Us Magazine, Adele menjawab khabar angin tersebut menerusi laman sosial Twitter miliknya.
"Saya ingin mengucapkan kepada semua selamat bercuti dan selamat berjaya untuk tahun 2015! Simon dan saya masih lagi bersama. Jangan percaya apa yang anda baca," ujarnya.
Adele dan Konecki yang mengekalkan kehidupan peribadi mereka daripada menjadi perhatian umum membesarkan anak lelaki mereka, Angelo, yang kini berusia dua tahun.
Pada hari minggu lalu, tabloid Britain melaporkan Adele tidak lagi tinggal bersama Konecki, sekaligus menyatakan pasangan ini telah pun berpisah.
[Sumber Foto: Us Magazine]