Aktres jelita Sofia Vergara bukanlah seperti sesetengah selebriti yang menghargai diri dan kecantikan walaupun usia sudah meningkat.
Malah dia akui tidak begitu teruja meningkat tua dan sanggup lakukan apa saja demi melambatkan proses penuaan termasuk sebarang rawatan ekstrem asalkan ia berkesan.
"Saya tidak mahu tua! Jika anda memberitahu saya bahawa penggunaan simen pada bawah mata boleh menghentikan kedutan, saya akan lakukan," ujarnya seperti dipetik dalam satu temubual bersama NewBeauty.
Aktres siri komedi "Modern Family" berusia 42 tahun ini turut mendedahkan dia berharap dapat kembali pada masa dia berusia 20-an.
"Segala-galanya kelihatan elok pada waktu itu. Saya tidak perlu melakukan penjagaan rapi seperti sekarang.
"Ya, kita hargai kejujuran. Walaupun adakalanya kita suka apabila seseorang selebriti akui menghargai proses penuaan, kadangkala ia kelihatan seperti mereka dilatih oleh pegawai seranta mereka untuk berkata demikian," tambahnya.
[Sumber Foto: Pop Sugar]