Rahsia kecantikan Model Victoria's Secret

Model Victoria's Secret kongsi rahsia kecantikan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Model Victoria's Secret kongsi rahsia kecantikan

Bergelar model memerlukan penjagaan rapi dari segi kecantikan dan pemakanan, lebih-lebih jika anda adalah seorang bidadari Victoria's Secret yang terkenal.

Ketahui petua atau rahsia kecantikan yang dikongsikan oleh enam model terkenal ini seperti dipetik daripada laman sesawang Elle.

KARLIE KLOSS


"Kulit saya senang mengalami jerawat jika saya memakai solekan ketika melakukan senaman. Jadi saya akan membersihkan muka sebelum dan selepas senaman bagi menghilangkan peluh dan kotoran. Saya juga menggunakan Biore Deep Cleansing Pore Strips untuk membersihkan liang roma terutama sekali pada hidung."

ADRIANA LIMA


"Saya mengamalkan minum segelas air kelapa sekali sehari kerana ia bukan sahaja sihat untuk kesihatan, malah akan membuatkan kulit anda bercahaya. Buah acai beri dan ceri juga bagus untuk kulit anda."

ALESSANDRA AMBROSIO


"Saya sentiasa mahukan kulit saya kekal hidrasi, jadi saya sentiasa menggunakan pelembap dan serum muka. Saya juga sentiasa menggunakan SPF untuk mengelakkan kulit daripada berkedut. Tiada yang lebih baik untuk kulit melainkan pengambilan air yang banyak dan jus sayuran. Saya juga sukakan air kelapa yang dibeli di pantai."

CANDICE SWANEPOEL


"Kulit saya terlalu sensitif, jadi saya hanya menggunakan produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Selain itu, saya gunakan minyak kelapa untuk tubuh dan minyak tea tree dan pencuci muka teh hijau."

JOAN SMALLS


"Gunakan pelembab dengan banyak. Saya lakukan setiap hari dan ianya sangat membantu. Untuk kecergasan, saya sukakan sukan tinju. Jika saya tidak sibuk, saya akan bersenam setiap hari. Tetapi jika saya sibuk, saya akan cuba curi masa dalam 30 minit atau lakukan keesokan harinya."

DOUTZEN KROES


"Saya akan kurangkan pemakaian alat solek untuk merehatkan kulit sewaktu bekerja. Rutin harian untuk kulit saya ialah saya akan melompat di bilik mandi dan memakai pelembab. Saya juga gunakan minyak vitamin E dan ianya sangat berkesan untuk kulit."

[Sumber Foto: Elle]

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.