Miranda Kerr kongsi rahsia miliki kulit cantik
Model Victoria Secret ini sering menjadi perhatian umum kerana kecantikannya, namun wajah keanak-anakannya tidak seiring dengan usianya yang kini sudah menganjak 31 tahun.
Memetik daripada Lucky Magazine, Miranda sempat berkongsi rahsia kecantikan kulitnya yang boleh dikatakan diantara selebriti yang memiliki kulit paling cantik."Setiap hari sebelum mandi, saya akan mengambil masa selama dua minit untuk menggosok kulit saya dengan menggunakan berus kering kerana ianya bagus untuk meransang peredaran darah."
Tambahnya lagi, selepas itu baru dia akan menggunakan pencuci, pelembab dan penyegar sebagai rutinnya setiap hari.
Selain itu, Miranda turut berkongsi produk kegemarannya untuk kecantikan pada waktu malam.
"Untuk produk kecantikan pada waktu malam tentunya minyak rosehip menjadi kegemaran saya untuk merawat kulit tidak sekata dan saya sukakan timun untuk dijadikan topeng muka pada waktu malam."
Tambahnya lagi, tiada guna bercakap mengenai kecantikan jika tidak melakukan senaman.
"Saya bersenam setiap hari dan cuma mengambil masa selama 10 minit dan melakukan yoga."
[Sumber Foto: fanpop]
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.