Scarlett Johansson dedah sudah berkahwin September lalu

Scarlett Johansson sahkan sudah berkahwin September lalu

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Scarlett Johansson sahkan sudah berkahwin September lalu

Aktres terkenal Hollywood, Scarlett Johansson telah mendedahkan dia sudah pun berkahwin buat kali kedua pada September lalu dengan kekasihnya yang merupakan seorang wartawan, Romain Dauriac.

Dipetik dari sebuah akhbar, satu sumber terdekat telah memberitahu perkahwinan itu terpaksa dilakukan secara senyap-senyap kerana mahu mengelak dari dihidu pihak media.

Picture
Sumber foto: bettyconfidential

"Mereka sengaja memilih Paris kerana ia bukan saja lokasi romantis, malah kota berkenaan juga tempat kelahiran suaminya.

"Pasangan itu berkahwin sebaik saja anak mereka dilahirkan," ujar sumber tersebut.

Scarlett dan Romain mula menjalin hubungan sejak tahun 2012 dan bertunang setahun kemudian.

Terdahulu, Scarlett pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds sebelum mereka berpisah kira-kira empat tahun lalu.

[Sumber foto: people]

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.