Tyra Banks disaman bekas peserta American's Next Top Model


Tyra Banks disaman bekas peserta ANTM

Supermodel terkenal Tyra Banks telah disaman oleh bekas peserta program realiti "American's Next Top Model" (ANTM), Angelea Preston yang mendakwa Tyra menyingkirkannya secara tidak sah berikutan kisah silamnya sebagai teman sosial.

Dipetik dari sebuah akhbar, Angelea telah memfailkan saman tersebut di Mahkamah Agung Los Angeles minggu lalu selepas dia memenangi musim ke-17 rancangan itu, dan berhak menerima kontrak bersama CoverGirl bernilai kira-kira RM350,000 selain peluang muncul dalam majalah Vogue Italia.

Dalam dokumen saman yang difailkan Angelea menyatakan pekerjaan lampau bekas peserta terbabit dan tidak menyalahi mana-mana peraturan rancangan popular itu kerana ia berlaku sebelum dia menyertai ANTM.

Dalam pada itu, Tyra sehingga kini masih lagi belum tampil mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu, Angelea telah disingkirkan selepas kisah lampaunya yang pernah bekerja sebagai teman sosial diketahui dan seorang peserta Lisa D Amato kemudiannya diumumkan sebagai juara musim itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.