Bila Foto Gambar Selena Gomez Beraksi Di Dalam Masjid Dikritik Peminat


Gambar Selena Gomez Beraksi Di Dalam Masjid Dikritik Peminat

Penyanyi terkenal, Selena Gomez, terpaksa memadam sekeping gambar di akaun instagram miliknya selepas dikecam hebat oleh peminat kerana aksinya di dalam Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi yang dikatakan biadap.

Beliau telah mengambil gambar semasa lawatannya ke dalam masjid yang tersohor di Abu Dhabi itu dan bagaimanapun telah tersilap langkah kerana telah mengambil sekeping gambar yang menayangkan pergelangan kakinya dan dimuat naik ke dalam Instagram.


Kerana gmabar tersebut Selena telah dikecam hebat oleh peminantnya kerana mengangap tindakannya itu sebagai satu perkara biadap dan susulan kritikan peminatnta itu beliau telah memadam gambar tersebut.


Pada masa yang sama, gambar gelagat aksi Selena bersama rakan-rakannya Kendall Jenner, Gigi Hadid, Cody Simpson dan Shay Mitchell dalam masjid tersebut turut menimbulkan perasaan kurang senang khususnya buat masyarakat Islam.

“Jika mereka berniat untuk mempelajari, mereka tidak akan berkelakuan seperti berdiri di luar atau di taman tema. Saya sukakan Selena Gomez, tetapi saya bukan lagi peminatnya.” kata salah seorang peminatnya di akaun Instagram Selena.


Rata-rata peminatnya menyifatkan dia sebagai artis yang tidak hormat dan sensitif terhadap rumah ibadat tersebut.


Selain Selena Gomez, bintang dunia Rihanna sebelum ini pernah menimbulkan kekecohan apabila dia merakam ‘pose’ seksi hingga dihalau daripada sebuah masjid.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.