Saya tak cukup ‘Putih’ – Henry Golding berdepan diskriminasi Hollywood

HENRY GOLDING



KEJAYAAN pelakon kelahiran Malaysia yang kini membina nama di Hollywood, Henry Golding sebenarnya seindah yang dilihat daripada kaca luaran apabila secara dalamannya dia dikecam hebat apabila watak yang dimainkan dalam filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins dikatakan tidak bersesuaian dengan dirinya yang berketurunan Asia.

Dalam satu temu bual dengan majalah online, Inverse, baru-baru ini, Henry atau nama sebenarnya, Henry Ewan Golding memberitahu, dia berasa seperti ‘orang asing’ apabila ada peminat mempersoalkan sepatutnya, watak utama yang dijayakan iaitu Snake Eyes seharusnya dimainkan seorang hero mat salih yang berambut perang dan bermata biru.

“Saya rasa macam orang asing sekarang,” ujarnya yang berketurunan Inggeris dan Malaysia.

“Saya tak cukup ‘Asian’ dalam Crazy Rich Asians. Saya tak cukup ‘white’ dalam Snake Eyes.

“Orang boleh cakap apa yang mereka mahukan dan memiliki pandangan sempit tentang dunia tetapi semua sudah bersifat global sekarang,” ujarnya.




Situasi itu bukan kali pertama Henry, 34, meluahkan perasaannya seperti didiskriminasi di negara ‘mat salih’, pada 2018, dia turut meluahkan isi hati apabila dikatakan tidak layak melakonkan watak Nick Young dalam karya pecah panggung, Crazy Rich Asians. “Jangan hanya kerana ke

rana darah saya tidak sepenuhnya ‘Asia’, saya tak boleh jayakan watak tersebut dengan cemerlang.

“Aksen saya mungkin kedengaran terlalu British, tetapi saya dilahirkan di Sarawak (Malaysia). Saya asal etnik yang datang dari tengah-tengah rimba. Kalau itu bukan orang Asia, tidak tahulah apa lagi,” katanya seperti dipetik majalah Bustle.

Getus Henry, bukan hanya dia yang berdepan komen toksik daripada peminat Hollywood, bahkan pelakon berketurunan Asia lain seperti Simu Liu turut berdepan perihal sama selepas terpilih memainkan karakter utama filem Marvel Asia pertama, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

“Kita jayakan karakter, bukan latar belakang. Pelik kita masih terpaksa berdepan semua ini apabila kita sedang berjuang untuk perkara yang lebih besar.

“Kita patut menyokong antara satu sama lain dan mengharapkan kejayaan untuk semua orang. Bukan hanya kerana kita berasa bertuah dilahirkan di sesetengah tempat atau lokasi,” katanya kepada Inverse.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.