007 : 'No Time To Die' habiskan penggambaran, Daniel Craig ucapkan Selamat tinggal kepada 'James Bond'

Picture
Siri filem James Bond iaitu No Time To Die dikatakan menjadi siri filem terakhir lakonan Daniel Craig.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Daniel Craig mengucapkan selamat tinggal kepada Watak ejen 007 'James Bond'

LONDON: Aktor terkenal, Daniel Craig mengucapkan selamat tinggal kepada watak dimainkannya, James Bond dan seluruh pelakon serta kru penggambaran yang dikenalinya sepanjang perjalanan filem tersebut.


Menurut Utusan Malaysia, lapor Daily Mail, Craig menzahirkan ucapan penuh emosi itu dalam satu video yang dikongsi di laman Twitter pada Jumaat lalu.


Dalam klip video dirakam di set penggambaran filem No Time To Die pada 2019, Craig dilihat menunjukkan emosinya kepada pasukan penggambaran sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan mereka.



Pelakon berusia 53 tahun itu terlibat dalam siri filem perisikan sejak 2005 apabila membuat kemunculan pertama watak perisik dalam Casino Royale.


Ketika berucap, Craig yang tampil segak memberitahu, ramai kru penggambaran bekerjasama dengannya dalam semua siri filem James Bond.

“Ramai orang di sini yang pernah bekerja dengan saya dalam lima siri filem.


“Saya tahu banyak perkara diperkatakan mengenai pandangan saya berkaitan filem-filem ini dan apa sahaja,” katanya.

Picture
Setelah 15 tahun bermain sebagai perisik Britain yang terkenal James Bond, Daniel Craig memberi laluan kepada generasi pelakon baru. - Gambar AFP

Craig menyifatkan peluang berlakon dalam siri filem James Bond amat berbaloi buatnya kerana dapat bekerja bersama rakan-rakan lama perfileman.

“Saya suka setiap siri filem ini terutamanya filem yang baharu ini kerana berpeluang bekerja dengan anda semua,” katanya.

Picture
Daniel telah muncul dalam 5 filem James Bond selama 15 tahun terakhir (Gambar: Rex)

Craig mengakhiri ucapannya dengan menyatakan ia merupakan penghormatan besar dalam hidupnya untuk bekerja dengan kru sama dalam semua siri filem James Bond lakonannya.


Rakaman video itu menunjukkan Craig meletakkan tapak tangannya di dada sambil melihat sekeliling kru penggambaran sehingga pada satu tahap beliau cuba menahan sebak.

No Time To Die mengalami banyak kelewatan penggambaran dan akan menemui peminatnya dalam tayangan perdana pada 28 September ini di Royal Albert Hall dan di Amerika Syarikat pada 8 Oktober.

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.