Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Picture
GAMBAR FAIL: Pelakon Gaspard Ulliel tiba untuk tayangan filem Eva di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-68 Berlinale di Berlin, Jerman, 17 Februari 2018. REUTERS/Axel Schmidt

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Pelakon Perancis Gaspard Ulliel meninggal dunia pada usia 37 tahun selepas kemalangan ski

Bintang Moon Knight dan It’s Only the End of the World, Gaspard Ulliel telah meninggal dunia pada usia 37 tahun selepas terlibat dalam kemalangan ski di pergunungan Alps, menurut Agence France-Presse dan keluarga pelakon itu.

Picture
Gaspard, yang juga merupakan model wangian Bleu de Chanel, memainkan watak Hannibal Lecter muda dalam Hannibal Rising dan pernah menerima pujian menerusi lakonannya dalam filem biografi Perancis, Saint Laurent (2014).


Sejak itu, mendiang telah membintangi beberapa filem seperti It’s Only the End of the World (yang membolehkannya memenanginya Anugerah César untuk Pelakon Terbaik), Eva dan Sibyl.


Pelakon Perancis itu juga memainkan watak Anton Mogart/Midnight Man dalam siri Disney+ Moon Knight, yang akan ditayangkan pada 30 Mac 2022.

SOURCE: kakimuvee.net

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.