Pelakon 'Squid Game' Oh Yeong-su memenangi Anugerah Golden Globe

Picture
Imej edaran yang dikeluarkan oleh Persatuan Akhbar Asing Hollywood (HFPA) ini menunjukkan Penerima Pemberian HFPA, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Kanak-kanak dalam Spotlight Tige Charity, menyampaikan Persembahan Terbaik oleh Pelakon Pembantu dalam Siri, Siri Terhad atau Anugerah Filem Televisyen di atas pentas semasa Anugerah Golden Globe Tahunan ke-79 di The Beverly Hilton di Beverly Hills, California, Ahad. Pelakon Korea O Yeong-su memenangi anugerah itu di Anugerah Golden Globe tahun ini. AFP-Yonhap

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Oh Yeong-su harumkan nama Korea Selatan di Anugerah Golden Globe ke-79

Picture
O Yeong-su menang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi drama Squid Game.

LOS ANGELES: Aktor Korea Selatan, Oh Yeong-su yang membintangi drama bersiri popular, Squid Game diumumkan memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik bagi kategori televisyen (TV) pada Anugerah Golden Globe Ke-79 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), pagi tadi.

Picture
Pelakon O Yeong-su membuat persembahan semasa siri asal Netflix, "Squid Game." Ihsan Netflix

Memegang watak pemain 001, Oh menghidupkan watak lelaki tua, Oh Il-nam yang menyertai permainan itu atas alasan mahu bergembira sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Picture
Watak pemain 001 dibawa Oh dalam drama bersiri Squid Game diiktiraf Anugerah Golden Globe. Foto IG Anugerah Golden Globe

Impak lakonannya, Oh menawan hati peminat hingga watak pemain 001 menjadi perbualan hangat di seluruh dunia, lapor agensi.


Aktor berusia 79 tahun itu mengetepikan pesaing iaitu Brett Goldstein yang membintangi drama Ted Lasso; Billy Crudup dan Mark Duplass (The Morning Show) dan Kieran Culkin (Succession).

Picture
Adegan daripada "Squid Game" / Ihsan Netflix

Sementara itu, filem The Power Of The Dog dinobatkan Filem Terbaik mengalahkan filem Belfast, Coda, Dune dan King Richard.

Kemenangan filem yang disiarkan di Netflix itu turut memberi tuah kepada Jane Champion yang diangkat Pengarah Terbaik dan Kodi Smit-McPhee yang merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.



Selain itu, filem West Side Story membawa pulang tiga anugerah iaitu Filem Muzikal/Komedi Terbaik; Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori muzikal atau komedi yang dimenanghi Rachel Zegler dan Pelakon Pembantu Terbaik (Ariana DeBose).

Picture
Smith menang trofi Pelakon Filem Lelaki Terbaik kategori drama menerusi watak sebagai Richard Williams, iaitu bapa kepada Venus dan Serena dalam filem King Richard. Foto IG Anugerah Golden Globe

Pelakon, Will Smith menang trofi Pelakon Filem Lelaki Terbaik kategori drama menerusi watak sebagai Richard Williams, iaitu bapa kepada Venus dan Serena dalam King Richard.

Aktres, Nicole Kidman mengalahkan pelakon, Kristen Stewart bagi kategori Pelakon Terbaik menerusi kategori drama bagi lakonannya sebagai Lucille Ball dalam Being the Ricardos, lapor agensi.


Andrew Garfield pula memenangi trofi Golden Globe pertama sebagai Pelakon Terbaik menerusi kategori filem muzikal atau komedi, iaitu Tick, Tick... Boom!.

Dilaporkan, berikutan pandemik COVID-19, Anugerah Golden Globe dianjurkan tanpa kehadiran calon, pengacara atau siaran langsung disebabkan kontroversi melingkari Hollywood Foreign Press Association (HFPA).

Keputusan acara itu hanya diumumkan menerusi media sosial. - AGENSI

SOURCE: bharian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.