Alec Baldwin Tidak Tahu Pistol ‘Prop’ Berisi Peluru Sebenar, Set Lakonan bertukar Tragedi

Picture
Tidak Tahu Pistol Berisi Peluru Sebenar, Alec Baldwin Berdukacita Pemergian Hutchins

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Alec Baldwin berkata 'hatinya retak' selepas tembakan Pistol ‘Prop’ Berisi Peluru Sebenar membunuh seorang ibu

“TIADA perkataan yang dapat saya ungkapkan. Saya sangat terkejut dan berdukacita terhadap tragedi yang telah mengambil nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu dan rakan sekerja yang amat dikagumi,” begitulah luahan yang dibuat Alec Baldwin beberapa jam selepas tragedi yang berlaku di set penggambaran Rust.


Baldwin sebelum itu telah tertembak pengarah fotografi berusia 42 tahun itu di dada dan turut mencederakan pengarah, Joel Souza, 42, yang berada dibelakang Hutchins menggunakan pistol ‘prop’ ketika penggambaran filem Rust di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat pada Khamis.


Baldwin begitu kecewa dengan tragedi menimpa dua rakannya dan gambar ini dirakam tidak lama selepas insiden tersebut.

Picture
Hutchins terbunuh apabila senjata api yang dipegang Alec Baldwin melepaskan peluru hidup [Fail: Swen Studios/edaran melalui Reuters]

Hutchins dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico sebelum disahkan meninggal dunia, manakala Souza yang mengalami kecederaan pada bahagian bahu menerima rawatan di Hospital Christus St Vincent.


Tambah Baldwin, dia akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan sokongan kepada keluarga Hutchins.

Picture
Baldwin begitu kecewa dengan tragedi menimpa dua rakannya dan gambar ini dirakam tidak lama selepas insiden tersebut.

“Saya akan memberi kerjasama terbaik kepada pihak polis demi memastikan siasatan terhadap kes ini. Saya sangat tersentuh dengan suaminya dan hanya mampu memberikan semangat kepadanya dan keluarga.


“Hati saya sangat terluka mengenangkan suami, anak dan semua yang mengenali Hutchins,” ujarnya menerusi beberapa tweet di akaun Twitter miliknya.

Picture
Dari kiri : Joel Souza, Alec Baldwin dan Helyna Hutchins.

Sementara itu, Reuters melaporkan dalam rakaman percakapan Baldwin bersama pihak polis, aktor itu menegaskan dia tidak mengetahui pistol itu mengandungi peluru sebenar selepas diberikan oleh seorang penolong pengarah.


Bahkan individu tersebut memaklumkan pistol itu selamat digunakan sebelum Baldwin melepaskan tembakan ketika sesi latihan bersama Hutchins di Ladang Bonanza Creek.

SOURCE: Sinar Plus

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.